Bismillah

Bismillah

Saturday, January 4, 2014

Cara Semak CCRIS

Apa itu CCRIS??


CCRIS ialah Central Credit Reference Information System 
CCRIS merupakan data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.

Hari ni aku bukan nak cerita lebih2 pasal CCRIS..Tapi aku cuma nak kongsi dengan korang macam mana kita nak semak laporan kewangan kita..Macam aku kalau nak pergi Bank Negara dekat KL jauh so aku semak dekat cawangan dia jela dekat Johor...Mudah je sebenarnya..Dengar je macam susah..Susah la sebab kita tak tahu..Kalau tahu semua benda jadi senang..hehe

Ok ada 3 cara kita nak semak CCRIS ni

1 - Kita terus ke Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur..

2 - Kita boleh ke cawangan2 bank negara yang telah di sediakan

3 - Boleh mohon secara online..Tapi kena isi borang sikit la..Boleh download borang
      secara online,lengkapkan dan hantar bersama dokumen yang dikehendaki..

      Boleh email,fax ataupun pos...Klik sini untuk contoh borang permohonan

Kalau rasa KL tu jauh pergi jela dekat cawangan yang dekat dgn korang..Kalau duduk johor boleh pergi dekat cawangan johor..Mudah,jimat dan cepat..Ok nak pergi tu jgn lupa bawa sekali i.c..Fotostep2 tak main k..bawa yang asal..Untuk pengetahuan korang nak print CCRIS ni tak kena bayar pun..Masuk je jmpa staf cakap je nak print CCRIS..nanti dia tunjuk kan mesin untuk print..

Biasa staf  dekat situ akan ajar mcm mana nak print..Masukan ic dekat sistem komputer ,scan ibu jari kiri, tak sampai 30 saat dah siap..Lepas tu keluar la laporan CCRIS korang...Kalau laporan tu 0 0 0 0 selama setahun,aku ucap tahniah sebab korang memang pembayar hutang yang bagus..Kalau ada 1 2 tu maknanya payment korang dengan bank tak berapa cantik la..Mesti dulu ada lambat bayar sebulan ke dua bulan ke...Lepas dah siap tu amik ic terus cabut la..Jgn lupa terima kasih dekat abg polis yg tolong tu.. :-)



Bayar hutang bulan2 mesti kena cantik,jangan lewat2 baru boleh dapat mcm dalam gambar ni..0 0 0 .hehe

P/S : Kalau laporan CCRIS kita cantik, ini akan lebih memudahkan kita untuk memohon loan rumah atau loan2 lain..Bank lebih yakin nak beri pinjaman jika kita tak ada tunggakan..Bank tahu yang si peminjam ni pandai bayar hutang dan tak pernah lewat bayar...

Selamat tahun baru 2014



Salam semua..

Selamat menyambut tahun baru 2014..Tahun 2014 nie betul-betul tahun yang mencabar..Kos sara hidup begitu ketara meningkat..minyak nak,tol naik,gula naik semua la naik..Ramai yang tertekan dan merungut termasuk la aku..hehe..Dari kita dok merungut je lebih baik kita fikir satu solusi bagaimana boleh meningkatkan pendapatan kita..Merungut saja tanpa tindakan pun masalah juga tu..Apa kata kita sama-sama keluar dari zon selesa..Tak lain tak bukan, dengan buat kerja lebih masa la..Tak kira la berniaga ke,buat part time ke janji dapat dari sumber halal..Macam aku, aku dah mula terjebak dengan pelaburan hartanah..Permulaan ni agak susah sikit betul2 mencabar..Sebab baru lagi kan..Kena banyak lagi belajar dari otai2..

Pembukaan tahun 2014 ni sangat bermakna apabila aku berjaya deal satu rumah sublet..Buat part time je boleh la cash flow dalam Rm400 sebulan..Tuan rumah sewakan Rm600 kemudian aku sewakan semula rumah tu beserta perabot lengkap rm1000 kepada penyewa..Dapat la duit geli-geli sikit...Walaupun tak banyak cukup la untuk buat tampung hidupkan..Siapa yang nak bagi duit dekat kita kalau kita tak usaha sendri..Dulu kecik2 takpe la kan,nak duit mak,mak,mak..Sekarang besar2 malu la kalau mintak duit dgn org tua..Patut kita yang hantar duit dkt diorang..Semoga tahun baru ni,kita sama-sama jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Mesti la kan, tak kan kita nak yang tak baik dalam hidup kita kan..Tapi kita mampu untuk buat pilihan, kalau cari yang tak baik,tak baik la jadinya..Tapi kalau kita ada niat menuju ke arah kebaikan InsyaAllah Allah sentiasa ada dengan kita..Allah tidak pernah memungkiri janji Nya...

Pakej Hatyai Songkhla Thailand

Pakej termasuk:

þ- Pengangkutan
þ -Insurans nyawa di Thailand
þ -Pemandu pelancong Thailand bertauliah
þ -Antara tempat menarik dilawati:
ü Nora Plaza (Shopping barangan kulit- Percuma kad diskaun 20%)
ü Renu Shop (Kilang gajus & makanan ringan Thailand- Halal)
ü Ice Dorm (Tempat ukiran ais, suhu -15oC)
ü Bukit Tang Kuan (lihat bandar Songkla dari atas bukit- menaiki cable car)
ü Pantai Samila (Bergambar dengan tugu ikan duyung dan melihat Pulau Tikus dan Kucing)
ü Pasar terapung (Floating Market- makanan atas sampan)
ü Pasar Malam Terbesar Hatyai (Night Market)

- Terdapat pakej 3hari 2mlm dan juga 2hari 1 malam..



Gambar di atas bersama kawan-kawan ketika mengendalikan trip hatyai dan songkhla...Selesai urusan cop pasport di Danok..Memang seronak bercuti di tempat orang..

Berminat untuk tempahan group sila email saya one_9946@yahoo.com