Bismillah

Bismillah

Sunday, July 28, 2013

Hikmah Sakit



Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :
✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambil rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke-empat akan mengambil dosanya.

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut..


Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?"

Allah menjawab : "Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut."

#Lihatlah betapa sayangnya ALLAH terhadap kita.. :')


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya"(HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak"(HR Abu Daud)

Hikmah Berwudhu

Wudhu adalah sesuatu perbuatan yang mulia di sisi Allah S.W.T. Ia boleh mendekatkan diri kepada tuhannya serta mendapat keampunanBerikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya “Ihya Ulumuddin”. Banyak di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah tersendiri.

1. Ketika berkumur, kita berdo’a, “Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah.
2. Ketika membasuh muka, kita berdo’a, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini”.
Penjelasan : Muka para ahli surga putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, kita berdo’a, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”
Penjelasan : Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.
4. Ketika membasuh tangan kiri, kita berdo’a, “Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini”.
Penjelasan : Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya
5. Ketika membasuh kepala, kita berdo’a, “Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma’syar dengan Arasy-Mu”
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal diatas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, kita berdo’a, “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini”.
Penjelasan : Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.
7. Ketika membasuh kaki kanan, kita berdo’a, “Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, kita berdo’a, “Ya Allah, bawalahaku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat”

“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya." (H/R. Muslim, 1/148)



Monday, July 15, 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI



Selain daripada amalan-amalan murah rezeki seperti melakukan solat sunat dhuha, bersedekah, berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa serta menunaikan hajat orang lain terdapat juga bacaan-bacaan pembuka pintu rezeki...Antaranya ialah :

1. Memperbanyakan Membaca "LahawlaWala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Ber-Istighfar "Barang siapa beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

4. Membaca Surat Al-Ikhlas"Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berakah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Shalawat Ata Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingati Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

7. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Selamat Beramal, Semoga ia bermanfaat untuk kita semua..Sila share jika dirasakan bermanfaat untuk anda dan orang lain..



Friday, July 12, 2013

Hadith Palsu Solat Tarawih.

AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Tarawih.

Sekadar ingat mengingati:

Berkaitan satu hadis yang menyebut tentang kelebihan solat terawih bagi setiap malam ramadhan (kelebihan terawih dari malam pertama hingga malam ke tiga puluh ), untuk makluman pada yang belum tahu, hadis tersebut sebenarnya merupakan satu hadis palsu.

Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.
Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah
HADITH PALSU.

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam                                                                                                                                     Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. ·
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. ·

Sehinggalah malam yang ke-30...

Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." 

Huraian Hadith:
Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir dan disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.                                               

Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.(HR al-Tirmizi)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan kaum muslimin para sahabat dan tabi’in selepas baginda supaya mengerjakannya. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.


Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Pada zaman Umar bin al-Khattab RA orang ramai menunaikan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir).


Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. 



Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.

Jom Tengok Tv Live Streaming



Step 1 :  Masuk google taip www.tonton.com

Step 2 : Klik je link tonton @ link tonton live streaming



Step 3 : Korang pilih la siaran mana nak tgk..Free !!





Ok nak mudah lagi dekat sini aku sertakan link dia...
 1 - http://live.tonton.com.my/livetv/#tv3                                                                                                         2 - http://www.tonton.com.my/  ( then klik live tv)



Selamat Menonton semua....

22 Tanda-Tanda Kiamat Semakin Hampir

Sudahkah Semua tanda2 ini berlaku?? 22 tanda hari kiamat semakin hampir :  

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).


2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.


3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.


5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.


6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.


9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan 


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.





Diriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallah 'anhu berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ

"Tidak terjadi hari kiamat dan sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, masa semakin berdekatan (terasa singkat), banyak terjadi fitnah, dan banyak pembunuhan." (HR. Bukhari, no. 1036)

Diriwayatkan juga dalam Musnad Ahmad (10560), dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallau 'alaihi wa sallam bersabda:


لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ ، وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ ، وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ ، وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَاحْتِرَاقِ السَّعَفَةِ

“Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” (Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422)

Maksud duduk di antara dua sujud

Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami… sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita mungkin hanya baca sambil lewa sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Jadi sekarang setelah anda tahu maksud yang anda ungkapkan itu maka hafalkan maksudnya dan ungkapkanlah di dalam solat anda dengan sepenuh hati dan pengharapan.


Adakah anda dapati maklumat tentang maksud doa antara dua sujud ini bernilai? Jika YA, silalah tekan butang “SHARE” di bawah. Sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah walau pun sepotong ayat”. Insyallah dengan menyebarkan maklumat tentang agama saya doakan agar perkerjaan anda itu diperkirakan sebagai amal soleh.



Bersama kita mencari redha Allah...

Mari belajar bahasa syurga ! :')

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak      kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@

Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah        saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

silakan share & semoga bermanfaat buat sahabat2 sekalian

KALAU ADA SALAH & SILAP MOHON DIPERBAIKI...^_*

Perkara Makruh Ketika Berpuasa

Makruh adalah sesuatu perkara atau perbuatan atau amalan yang digalakkan untuk ditinggalkannya..Apabila dilakukan tidak berdosa tetapi apabila ditinggalkan akan mendapat pahala. Ada beberapa perkara makruh yang sebaiknya dielakkan semasa kita sedang berpuasa. Kalau ada nak tambah atau nak betulkan apa-apa silakan. 

Antara perkara makruh ketika puasa ialah
  1. Berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. Merasa makanan dengan lidah
  3. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  6. Gosok gigi setelah gelincir matahari
  7. Mencium isteri  - Jika sentuhan biasa seperti isteri cium tangan suami adalah dibenarkan.Sentuhan berlebihan seperti bercium adalah makruh kerana dibimbangi gagal menahan nafsu
  8. Menderma darah
  9. Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.
  10. Mandi atau tidur berlebihan


Semoga amalan-amalan kita dan ibadah puasa kita pada bulan yang mulia ini di terima Allah. Amin Ya Rabbal Alaminn

Thursday, July 11, 2013

Yakinlah Rezeki Itu Milik Allah

Apa itu rezeki??
Biasanya kita nampak rezeki itu hanya wang ringgit semata-mata. Pada hakikatnya rezeki itu bukanlah yang berbentuk harta sahaja. Apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki, sebagai contoh kekuatan tubuh badan, kesihatan yang baik, jiwa yang tenang, zuriat, kejayaan,umur yang berkat dan sebagainya. 

Ilmu juga merupakan rezeki. Mencari ilmu bukanlah kerja mudah kerana ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Apatah lagi ilmu yang dituntut itu diniatkan pula semata-mata kerana Allah.

Sabda Nabi : (ertinya)
Sesiapa yang mati dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.
(Riwayat Tabarani)


Kadang-kadang kita tengok orang lain kaya..tapi anak tak ramai. Tak pun tak ada anak langsung.
Kadang-kadang kita tengok hidup dia sederhana je tapi anak ramai..

Allah beri kepada kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan rupa. 
Kadang-kadang kita lupa atau tak sedar.

Kadang-kadang, dia kaya, banyak duit tapi hidup tak aman tak tenteram.
Orang yang tak kaya pulak, tak banyak duit..tapi hidup tenang.

  Rasulullah Bersabda : (ertinya)
Barang siapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka,” (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim)




Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” 
(Surah Taha  20 : 132)

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya . Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.
(Ath Thalaq 65 : 2-3)

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
(Surah Ibrahim   14 : 7)








Keberkatan Dalam Sahur


Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab. Allah berfirman, (yang bermaksud) :
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Surat Al-Baqoroh :183)
Amalan sahur merupakan perkara sunnah yang amat dituntut untuk kita lakukan. Namun ia bukanlah sampai ke tahap wajib hingga jika tidak melakukannya tidak dikira ibadah puasa. Walaubagaimapun, jika sesuatu perkara itu dituntut seharusnya terdapat kebaikan serta hikmahnya tersendiri.Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) :


 "Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah pada makan sahur." (HR Muslim)


 Di antara orang-orang yang berbahagia dengan shalawat para Malaikat adalah orang yang makan sahur, dan di antara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah:

1. Imam Ibnu Hibban dan Imam ath-Thabrani meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma, ia berkata: “Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ.

‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur.’” 

2. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, beliau berkata: “Rasulullah S.A.W bersabda:

"اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ, فَإِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ."

‘Makan sahur adalah makanan yang penuh dengan keberkatan, maka janganlah engkau meninggalkannya, walaupun salah seorang di antara kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur.’”


Wednesday, July 10, 2013

Kenapa setiap isteri kena masak??

Sebab Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah....Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun..
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)




Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur...

Yang terbaiknya para isteri ambil kesempatan ketika membasuh beras dgn tangannya itu sambil membaca selawat,berzikir dan sebagainya (Bkn nya nyanyi lagu ntah pape)..Sambil basuh beras tu, pohonlah kpd Allah, " Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati2 kami sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi....aamin..

Siapa Dr Mohamed Mursi?




MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik
Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.


Kini, beliau dilantik sebagai Presiden Republik Arab Mesir yang ke-5 bermula 24 Jun 2012 melalui proses pilihanraya lantaran pengalaman beliau yang luas dalam bidang hubungan antarabangsa dan pemikirannya yang jelas juga berwawasan.

Hikmah Ramadhan

Selamat Menyambut Al Mubarak 1434H... Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka".. 



Rasulullah S.A.W bersabda “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)...“Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)


Antara hikmah lain bagi orang yang berpuasa ialah 
  • Puasa mengingatkan pelakunya tentang kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. 
  • Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan sistem pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
  • Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. . 
  •  Puasa juga melatih kita mendidik jiwa, menyucikan hati, menjaga pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
  • Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Allah berfirman, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."  
  • Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. 
 Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
                          
                         (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)