Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 12, 2014

Kelebihan Emas...

Kenapa Emas??

Tahukah kita bahawa emas merupakan wang yang sebenarnya..Emas bukan hiasan semata-mata tetapi emas juga merupakan aset dan juga boleh jadi instrumen pelaburan buat kita..Apa yang istimewa sangat emas ni sampai harga boleh cecah belas ribu untuk 100g emas..Padahal 100g tu kecik je sebesar bateri handfon yg saiz kecik tu je...tapi kenapa harga mahal..Mari kita tengok keistimewaan dia..

1 - Emas ni telah diakui dan diiktiraf seluruh dunia sebagai logam berharga..

2 - Emas ni bernilai untuk selama-lamanya..Contoh kalau la kita menyimpan duit kertas,duit terkoyak teruk ke,terbakar ke mana la nak laku kan..Tapi kalau emas terbakar pun masih laku, sebab dia tu emas..Penyimpan nilai yang sebenar..

3 - Emas juga kalis inflasi..Contoh kalau zaman dulu 1 dinar boleh beli kambing, pada masa sekarang pun sama 1 dinar boleh beli seekor kambing..Tapi kalau kita menyimpan duit, katakan zaman dulu kambing Rm300, tapi sekarang tak boleh beli dah dengan harga Rm300..Seekor kambing boleh cecah rm600..Nampak kan susut nilai duit tu..Makin lama makin menyusut nilai duit tu berbanding emas..

4 - Istimewanya emas ni, kita boleh jadikan sebagai tabung pendidikan, tabung untuk pergi umrah atau haji, sebagai tabung untuk perkahwinan dan sebagainya..Sebab apa, sebab emas tu ada nilai duit yg sebenar..

5 - Keistimewaan lain pula, harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang..Purata kenaikan harga emas di antara 20% - 40% setahun..Beli simpan tak perlu buat apa2 pun harganya naik..

6 - Emas juga merupakan aset mudah cair..Kalau dah banyak sangat simpan emas kalau sesak2 nak pakai duit bila2 pun boleh jual atau pajak emas tu untuk dapatkan duit..

7 - Yang terakhir emas merupakan pelindung kekayaan..Ramai jutawan2 mereka menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka..Sebab apa?? sebab mereka tahu keadaan ekonomi sekarang tidak menentu..Setiap tahun berlaku inflasi...Tapi dengan menyimpan emas, logam ini bertindak sebagai kalis inflasi dan merupakan penyimpan nilai yang baik...Contohnya macam negara zimbabwe negara yang terletak di benua Afrika, bayangkan nak beli 3 biji telur pun berharga 100 billion..Nampak kan macam mana susut nilai duit berlaku apabila duit dicetak sesuka hati...

Ok setakat ni dulu la..Sebenarnya banyak lagi kalau nak dihitungkan keistimewaan emas ni..Cukup la 7 dulu sekadar mukadimah emas...KIlik Sini untuk lihat harga emas semasa..


harga 3 biji telur di Zimbabwe...

Rata2 semua orang bersusah payah untuk mengumpulkan wang berjuta2..Tapi di Zimbabwe, semua orang kaya raya dan memiliki duit yang banyak bertingket - tingket, tapi mereka tetap miskin.. 
           















Jadi tunggu apa lagi..Mulalah simpan emas kerana ia penyimpan nilai yang sebenar...Untuk permulaan kalau bajet kecil boleh la mula dengan dinar Public Gold dulu...Ya Dinar Public gold...Korang kena pegang sendiri baru la korang rasa sendiri aura emas tu..Kalau dapat 100g Gold bar lagi rasa kuat aura emas tu...


Tapi bila dah memiliki emas banyak dah cukup nisab dan haul setahun jgn lupa plak untuk keluarkan zakat...

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)


Ingat dan yakin 'The Law of Giving' :

            "The more you give, the more you get back"

No comments:

Post a Comment