Bismillah

Bismillah

Friday, April 17, 2015

CARA BELI RUMAH SEBELUM BERKAHWIN






Biasanya pasangan yang bakal berkahwin mesti dah sediakan bajet untuk perkahwinan mereka..

Paling-paling pun abam anggarkan dalam Rm10 ribu ke Rm30 ribu bagi sesebuah majlis..

Bagi yang banyak duit mungkin peruntukan untuk majlis mereka lebih besar..Yela duit berkepuk-kepuk

Terpulang duit masing-masing..Kalau abam memang tak sanggup la nak habiskan Rm30k dalam sekelip mata..Yela bukan senang nak kumpul sebanyak tu..Perit der..



Apa yang abam nak kongsikan ni, 

bagi mereka2 yang mempunyai bajet  tak banyak macam abam ni, boleh cuba cara ni..

Katakan anda plan nak berkahwin dalam masa 6 bulan atau 1 tahun akan datang, 

Abam cadangkan apa kata gunakan duit tersebut untuk beli hartanah dulu..

(Sebelum tu pastikan CCRIS, kelayakan loan semua tu ok dulu la) 



Caranya macam ni


Katakan bajet majlis perkahwinan anda total dalam anggaran Rm25k..

So modal tersebut gunakan untuk beli hartanah dibawah harga Rm150k..Lagi murah lagi bagus la.

Deal supaya rumah tersebut dapat dibeli dibawah market value..

Minta persetujuan owner untuk anda "mark up loan sikit" 

Jadi bila Loan dah disburse, urusan pembelian pun dah selesai, 

owner pun dah dapat baki duit jualan,

 Akhir sekali lawyer akan keluarkan 1 cek untuk anda pula..

Jadi anda akan dapat semula duit modal deposit tadi..


Dah dapat duit tunggu apa lagi, pakai la buat kahwin..Kalau anda rasa nak tambah rumah sebuah lagi 

pun boleh..Tetapi pastikan DSR anda masih 'cun' la.. Kalau tak bank susah nak bagi loan.


Jadi kesimpulannya Rumah dapat, org rumah pun dapat..

Rumah yang dibeli tu terpulang sama ada nak duduk atau nak bagi sewa..

Kalau abam, abam tak duduk..Sewakan je..Bagi sewa tambah side income  +ve cash flow.



Boleh duit poket Rm300 ke Rm500 sebulan..Klu power sikit lagi anda boleh dapat Rm800 sbln ke atas..

Nak power lagi meh sini pulut kuning, ayam golek seekor abam nak ajar..hehe..Gurau je



Buat permulaan ni, tak payah la banyak-banyak, dapat Rm200 pun dah ok..Rezeki tu..Siapa nak bagi..

Yang penting buat dengan ilmu..Jangan main terjah je..Nanti lain pulak jadinya



Nasihat abam, nak berkahwin buat ikut kemampuan je..

Tak guna pun buat majlis besar-besar habis berpuluh2 ribu tetapi berhutang..

Memang majlis sekali seumur hidup, tapi berpada-pada la..Islam tak ajar kita membazir

Kehidupan selepas nikah itu yang penting ..



Buat ikut kemampuan sudah..Ada duit sikit buat cara sikit..Tak perlu nak loan-loan bagai...

Jika tidak jadilah kita orang yang dikelilingi hutang selepas berkahwin..

Anak dah 3, tapi loan masih belum habis bayar lagi..Kan tekanan jiwa tu..



Ingat kawan-kawan salah satu punca penceraian di Malaysia, juga berpunca dari masalah kewangan..

Jadi rancang kewangan bersama pasangan anda baik-baik, agar tidak menyesal dikemudian hari..

Dah menyimpan tu jangan lupa pula untuk melabur..Cari pelaburan dan pelbagaikan simpanan agar

duit kita berkembang..Moga dengan usaha ini kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat yang 

susah di luar sana.



3 comments:

  1. VERY GOOD...Majlis kawen saya simple je dulu...no hutang2.hihi,.yg penting kehidupan lepas kawin...

    ReplyDelete
  2. tq for information .. perkongsian yang baik

    ReplyDelete