Bismillah

Bismillah

Monday, May 19, 2014

Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha


BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”
Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.
Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”
Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).
Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
Demikianlah, wallahualam.

Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/01/08

Thursday, May 15, 2014

Cara-cara Buat Group Passport untuk Melancong Keluar Negara

Salam...Oleh sebab ramai sangat yang bertanya pasal Group Passport , maka entri kali khas untuk mereka2 yg bercadang melancong menggunakkan passport group..

Group passport sebenarnya khas untuk mereka yang tidak ada passport atau malas nak keluarkan wang lebih untuk buat passport individu atau yang jarang-jarang guna passport (a.k.a jarang keluar negara) sesuai la untuk buat yang ni...Group passport ini hanya sah untuk sekali guna sahaja..

Harga dia rm200 1 buku atau 1 borang..Borang ni akan di cas Rm1 tetapi kebiasaannya boleh dapat secara percuma je dekat imegresen..

1 borang minimum 5 orang, maximum 20 orang untuk 1 passport...Jadi kalau masukkan 20 orang 1 group kira kos untuk seorang hanya Rm10 jela...Jimat duit dari passport individu yang Rm100 tu...Tapi kelebihan pasport individu Rm100 ni, boleh pakai selama 2 tahun..Jadi tengok kepada penggunaan macam mana la..Kalau selalu keluar masuk negara lebih baik buat passport terus senang cerita..

Group pass ni boleh buat di mana-mana imigresen malaysia..Kalau nak senang buat yang mana terdekat dengan tempat tinggal..Sebab nanti dah siap senang nak ambil..Nak berurusan pun senang sebab dekat..Ok dekat bawah ni aku list kan serba sedikit cara-cara nak buat group passport :

1. Kumpul orang yang nak pergi sekurang-kurangnya minimum 5 org.

2. Bawa 2 keping gambar berukuran group passport atau international passport..

3. Bawa 2 keping photostat IC...IC original pun perlu juga bawa untuk semakan oleh pegawai..Kalau masa semakan ada nama yang disenarai hitam oleh ptptn jadi sila jangan berkecil hati la...hehee..Anda mungkin tidak dibenarkan untuk keluar negara sehingga nama anda bersih dari senarai hitam tersebut..

4. Semua orang perlu hadir bersama untuk cop jari ketika di imegresen..Yang ni lagi aku pening sampaikan ada yang tanya soalan cop jari boleh wakil ke??Susah betul soalan dia aku nak jawab...hehe..Yang ni tak boleh wakil-wakil ok...Mesti hadir sendiri untuk cop jari..

5. Dalam  tempoh 5 hari bekerja passport ini akan siap. Pastikan anda buat passport sebelum atau lebih awal dari tempoh percutian yang dirangcangkan...

***Jika pada hari yang dijanjikan ketua di dalam list Group pass tersebut yang tidak dapat hadir, maka secara automatik kesemua ahli tidak dapat pergi...Jadi sila pilih ketua yang betul-betul boleh hadir waktu trip tersebut..


Lampiran depan perlu di isi oleh ketua

Lampiran dalam perlu di isi oleh ahli


Contoh Group Passport...Dalam tempoh 5 hari Siap dah boleh ambil...

Ok sampai disini saja pertemuan kita kali ni..Sehingga bertemu lagi..hehee..Yang penting rancang perjalanan rancang masa depan supaya tidak kelam kabut...Have a nice day..