Assalamualaikum semua...Entry kali ni aku nak share macam mana nak kerja dekat singapore..Dah ramai sangat yang tanya terpaksa dalam rela la aku menaip nie...Susah ke nak masuk kerja di singapore ni??Ada peluang ke nak kerja di Singapura??Ada kerja kosong ke di Singapo ni?? ..Agak2 macam mana nak kerja tempat orang ni..Dengar2 macam undang2 dia ketat...Orang cakap nak kerja singapore ni kena speaking BI..Macam susah je nak merantau cari kerja..Mesti dalam fikiran korang terfikir2 mcm2 1001 persoalan kan..Ok jom kita mula perjalanan kita ke singapo..hehe
Pertama sekali macam pernah aku cakap sebelum ni, semua benda akan jadi susah kalau kita tak tahu dan tak nak amik tahu..Susah tu memang la susah..Tapi yang susah itu la cabaran yang akan memahat kenangan manis di ingatan kita...Macam aku dulu first time masuk singapo memang banyak dugaan yg perlu hadapi...Betul orang kata bukan mudah nak mencari rezeki di perantauan ni..Banyak dugaan dan cabaran yg kita perlu tempuhi..Apa pun semua tu aku anggap sebagai pengalaman hidup..Bila kerja di dalam town ni memang betul2 aku teruja..sebab apa banyak benda pelik yang aku dapat tengok yang tak ada dekat malaysia ni...Teknologi dia,kenderaan dia,bangunan dia dan macam2 lagi la tak dapat aku rungkaikan..hehe..Indahnya kota singa ni tersangat best..haha.
Sebelum masuk singapo tu make sure korang kena la tahu serba sedikit undang2 dia..Nanti tak pasal2 kena saman kan..dah la saman dia dalam dolar SGD tu..
Ok berbalik kepada isu utama kita cara nak kerja di singapo...Sebenarnya bagi yang belum tahu ada beberapa cara kita nak masuk kerja di singapo..
-Pertama melalui ejen yang berdaftar..
Bagi yang tak suka beban2, nak mudah boleh masuk kerja di singapo melalui ejen..Kebiasaannya ejen2 ni diorang akan iklankan jawatan kosong melalui akhbar2 tempatan kita macam metro,utusan,berita harian dan lain lagi la..Sebelum nak deal tu make sure korang tanya bagi faham macam mana prosedur dia..Ada sesetengah ejen diorang dah sediakan rumah sewa dekat singapore..Kalau takde korang kena la cari bilik sewa dekat johor..Tapi jgn risau, kalau takde bilik boleh contact aku sebab aku memang menyediakan bilik untuk disewa..Sewa di Jb lebih murah berbanding di singpo..Satu bilik aku sewakan Rm250 seorang..Pada kebiasaannya cas untuk menggunakan khidmat ejen ada yg murah ada yang agak mahal dlm SGD1200..Sebulan bayar ejen lebih kurang dalam SGD 400 selama 3 bulan..Bergantung kepada ejen dan jugak agensi diorg..Kalau dapat yg murah rezeki korang la kan...Untuk pengetahuan korang tukaran duit sekarang ni RM1 = SGD 2.6...(update terkini Ogos 2015 nilai tukar Rm1 = SGD 3)
-Cara kedua melalui kawan2 yg kerja di singapo..
Melalui kaedah kedua ni senang sikit la sebab member yang tolong rekomen kerja..Pada kebiasaannya kalau member yg rekomen ni mudah jugak untuk dapat kerja tu..So dapat la korang simpan duit SGD1200 tadi tu daripada nak kena bayar ejen..kalau gaji sebulan dapat SGD 1800,kira dapat bersih la takde nak tolak2 cukai atau kwsp dah..Cuma tolak kos ulang alik ke tempat kerja jela..Tapi kebiasanya gaji bulan pertama company akan bagi cek..So kena la buka akaun bank singapore, tp sebelum buka akaun kena buat work permit dulu..Tapi jangan risau untuk work permit company akan bayar,so korang just pergi buat je dekat
Ministry of Manpower (MOM) singapo tu..Nanti company akan bagi surat dan alamat so kena pandai2 la tanya member macam mana nak pergi..Lepas tu baru boleh tunaikan cek..Bila dah dapat gaji tu jangan la lupa berterima kasih kpd kawan tu..Belanja la dia makan dekat Stulang Laut ke..Tak pun bawak dia pergi makan western food dekat hutan bandar tu...Dekat situ dah la sedap harga pun murah...berbaloi2..Lepas tu jangan la lupa ajak aku skali.hehe
-Cara ketiga melalui survey sendri
Kalau cara ni agak susah sikit sebab tak ada orang nak tolong..Semua kena buat sendiri..Korang boleh pergi mana2 website company singapore cuba apply untuk jawatan kosong yang ditawarkan...InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la kerja tu..Tapi bila dapat panggilan interview korang kena pergi sendiri la..Tapi tak kan nak naik motor atau kereta jalan pun tahu lagi...Silap2 boleh langgar ERP tak pasal-pasal pulak kena bayar saman..Kalau ada GPS lagi bagus korang redah jela..Tapi kalau kena waktu kemuncak kastam memang tersangat2 jem..Paling mudah naik bas dari larkin Johor sampai kastam singapore lepas tu naik MRT..Senang cerita mudah kerja..Tapi kalau dah tak tahu sangat mintak je staff dia orang tunggu dekat woodland chekpoint tu..senang la skit tak payah pening2..
So itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan permulaan perjalanan cari kerja di singapo..Sebenarnya banyak lagi pengalaman,pahit manis,kenangan yang aku sentiasa ingat di singapo..Macam seronok bila dapat tempuh perit hidup di tempat orang ni..Masa ni la kita dapat duga sama ada kita boleh hidup berdikari atau tidak..tapi lain kali pulak la cerita, nanti panjang- panjang penat pulak korang nak baca..
Ok last bab gaji di singapore..Sebenarnya kerja di singapo gaji boleh tahan..Tekanan kerja pun kurang, korang boleh buat kerja dengan rilek tak payah nak tension2..Itu kalau kerja tak melibatkan pengurusan la...Takde istilah keje bersepah nak kena siapkan macam kerja di pejabat...Nak gaji lebih kerja lebih..Kalau kerja basic 8 jam je sehari campur elaun plus2 korang boleh la dapat dalam RM3500 sebulan...Bayangkan kerja Kilang,Hotel,KFC,McD pun gaji dah boleh cecah SGD 1500- SGD 1700..Paling2 Rm4 ribu lebih tu dah dalam tangan dah..Dan gaji ni tak akan mati dekat situ je,kalau rajin OT gaji boleh cecah sehingga Rm5k-6k sebulan..Yg paling best ada yg boleh cecah Rm7k sebulan...Ok la tu kan dah mcm gaji pegawai gred 41 dah tu kalau dkt Malaysia..hehe.Sebab tu rmai cina dan india suka kerja singapo sebab diorang tahu boleh buat duit...Melayu pun ada tapi purata tak berapa ramai..Bg yg ada diploma atau degree boleh try mohon kerja ofis hour atau dlm bidang pengurusan..Mgkin gaji lebih dari sgd2000 ke atas..Makin besar gaji makin besar la beban dipikul..
Yang penting bukan ukuran gaji yang besar, tapi berapa banyak yang kita boleh simpan dari duit gaji kita..Walaupun gaji kecik tapi simpanan kita tinggi dan konsisten tiap2 bulan itu lebih baik dari gaji besar tapi simpanan zero...Tak guna gaji besar tapi bila lepas gaji, duit habis bayar itu bayar ini, nak simpan pun tak sempat...Sekurang-kurangnya simpan 10% dari duit gaji kita tapi kalau lebih lagi bagus. Kalau dah kerja singapore tu, nak tak nak korang mesti simpan 50% duit gaji,jangan kira nak enjoy je..hehe.
Sebaiknya nak selamat tukarkan duit simpanan tu kepada aset seperti invest dalam property, unit trust atau tukar duit kpd emas...Jangan lupa penting untuk kita menabung dari awal untuk masa depan..Hartanah jugak boleh dijadikan sebagai medium simpanan untuk pendidikan anak2..Target 1 anak 1 rumah..InsyaAllah anak2 dah besar nanti nak sambung belajar tak perlu lagi nak buat pinjaman..Korang boleh jual rumah tu atau buat pembiayaan semula untuk dapatkan cash..So mula merancang dari sekarang ketika umur masih muda..
|
Pada masa akan datang emas lebih bernilai dari duit.. |
|
Macam ni lah jem kereta bila mana waktu kemuncak setiap hari setiap pagi isnin hingga jumaat... |
|
Kalau masuk dengan kenderaan Malaysia jgn lupa buat autopass ni.. |
Ok la setakat ni dulu perjalanan kita...Mungkin di lain masa aku akan cerita pula keindahan di singapore..See u..Assalamualaikum..