Bismillah

Bismillah

Sunday, November 16, 2014

Kereta Sewa Di Johor

Assalamualaikum..Kepada rakan2 tuan2 dan puan2 saudara saudari yang berhajat untuk datang bercuti di johor atau singapore, sekarang korang tak perlu lagi nak susah2 memandu jauh2..Datang je Johor boleh sewa kereta di sini..

Sebaiknya buat tempahan seawal satu minggu sebab biasanya hari cuti kereta kebanyakkan penuh di sewa...Untuk tempahan boleh hubungi no ni 013 4997974 atau 013 4426339..Untuk sewaan melebihi 3 hari korang akan dapat menikmati harga diskaun disamping dapat memandu kereta2 sewa yang masih baru.. :-)



Myvi SE 1.3 (A) Untuk Disewa

Perodua Alza 1.5 (A) Untuk Disewa
ViVa 1.0 (A) Untuk Disewa
Hyundai Starex (A) untuk Disewa

Exora Bold 1.6 (A) Untuk Disewa

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Sofia 013 4997974...Juga menydiakan Khidmat Transfer ke USS, 1 day Tour Singopore dan lain2 pakej

Kereta Sewa Johor##Johor Bahru Kereta Sewa##MPV untuk disewa##Viva untuk Disewa##Exora Untuk Disewa##Alza untuk Disewa##Myvi untuk disewa##



Wednesday, June 18, 2014

Beza Public Gold Dengan Kedai Emas Biasa ???

Salam..Semoga semua rakan2 sihat selalu...Hari ni nak kongsi pasal emas Public Gold..Apa beza emas di Kedai biasa dengan Emas Public Gold..Sebelum tu mari kita tengok skit harga emas pada february lepas...Ketika itu, 1 Dinar  rm551, pada 14/2/2014 harga 1 dinar Rm609...Manakala untuk Gold bar 100g 999 baru Rm13+++ , sekarang Rm14809..Kan dah untung seribu kalau melabur..Tapi sebelum melabur kena la ada ilmu skit..Jangan main melabur je..Nanti untung kemana duit kemana..Pelaburan terhadap ilmu itu lebih untung dari segala pelaburan yang ada..

Belum pun cukup sebulan lagi harga pasaran emas 'meroket' naik..Kalau yang beli bulan lepas tu kira untung la dah boleh senyum lebar kalau nak jual..Bagi yang masih belum pun menyimpan dan tak ada bajet yang besar,aku syorkan mulakan dulu dengan 1 dinar..Pegang rasa dulu emas tu baru ada feel dia nak menyimpan emas..Tak rugi simpan emas, jadikan emas aset kita..Ada duit yang nak disimpan atau memang khas tak guna beli je emas..Kalau simpan dalam RM makin lama makin turun nilai duit tu..Ok mari kita sambung cerita tadi..Beza emas PG ni

1. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM

Untuk pengetahuan anda, kedai emas menggunakan harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia). Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. 

2 - Belian balik dari Kedai Emas Memang Merugikan Orang Ramai


Public Gold menawarkan belian balik kepada semua produknya sama ada gold bar, dinar dan jewellery. Public Gold tidak mengenakan sebarang potongan keatas produk emasnya yang calar dan terbuka plastiknya. Asalkan emas itu tulin, mengekalkan berat asalnya dan mempunyai sijil ketulinan dari Public Gold, anda boleh rujuk harga "We Buy" di website Public Gold.

Kedai emas biasanya mengenakan potongan antara 18% hingga 25% daripada nilai semasa emas anda tak kiralah gold bar ataupun barang kemas. Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan. Memang mencekik kedai emas ini. Public Gold menjanjikan belian balik ke atas produknya bedasarkan harga beli balik semasa yang sangat kompetitif.


 Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
Produk kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewals dan Emas Sri Pinang lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang. Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah ke atas semua barangnya.Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah...katanya bagi discount. Kedai emas yang untung bukan pembeli.

4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara on-line 24 jam . Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda boleh "lock" harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.

Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold. Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual. Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat, bukannya kertas atau janji-janji manis penganjur.

5 - Kemudahan Lock Harga
Pembeli boleh membuat tempahan Harga Belian dan Harga Jualan Semula (kunci harga / lock price) jika membeli dari penjual emas pelaburan.....Proses kunci harga untuk jualan dan belian emas pelaburan lebih fleksibel dan boleh dilakukan melalui fb, sms, emel, online atau telefon...


Monday, May 19, 2014

Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha


BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”
Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.
Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”
Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).
Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
Demikianlah, wallahualam.

Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/01/08

Thursday, May 15, 2014

Cara-cara Buat Group Passport untuk Melancong Keluar Negara

Salam...Oleh sebab ramai sangat yang bertanya pasal Group Passport , maka entri kali khas untuk mereka2 yg bercadang melancong menggunakkan passport group..

Group passport sebenarnya khas untuk mereka yang tidak ada passport atau malas nak keluarkan wang lebih untuk buat passport individu atau yang jarang-jarang guna passport (a.k.a jarang keluar negara) sesuai la untuk buat yang ni...Group passport ini hanya sah untuk sekali guna sahaja..

Harga dia rm200 1 buku atau 1 borang..Borang ni akan di cas Rm1 tetapi kebiasaannya boleh dapat secara percuma je dekat imegresen..

1 borang minimum 5 orang, maximum 20 orang untuk 1 passport...Jadi kalau masukkan 20 orang 1 group kira kos untuk seorang hanya Rm10 jela...Jimat duit dari passport individu yang Rm100 tu...Tapi kelebihan pasport individu Rm100 ni, boleh pakai selama 2 tahun..Jadi tengok kepada penggunaan macam mana la..Kalau selalu keluar masuk negara lebih baik buat passport terus senang cerita..

Group pass ni boleh buat di mana-mana imigresen malaysia..Kalau nak senang buat yang mana terdekat dengan tempat tinggal..Sebab nanti dah siap senang nak ambil..Nak berurusan pun senang sebab dekat..Ok dekat bawah ni aku list kan serba sedikit cara-cara nak buat group passport :

1. Kumpul orang yang nak pergi sekurang-kurangnya minimum 5 org.

2. Bawa 2 keping gambar berukuran group passport atau international passport..

3. Bawa 2 keping photostat IC...IC original pun perlu juga bawa untuk semakan oleh pegawai..Kalau masa semakan ada nama yang disenarai hitam oleh ptptn jadi sila jangan berkecil hati la...hehee..Anda mungkin tidak dibenarkan untuk keluar negara sehingga nama anda bersih dari senarai hitam tersebut..

4. Semua orang perlu hadir bersama untuk cop jari ketika di imegresen..Yang ni lagi aku pening sampaikan ada yang tanya soalan cop jari boleh wakil ke??Susah betul soalan dia aku nak jawab...hehe..Yang ni tak boleh wakil-wakil ok...Mesti hadir sendiri untuk cop jari..

5. Dalam  tempoh 5 hari bekerja passport ini akan siap. Pastikan anda buat passport sebelum atau lebih awal dari tempoh percutian yang dirangcangkan...

***Jika pada hari yang dijanjikan ketua di dalam list Group pass tersebut yang tidak dapat hadir, maka secara automatik kesemua ahli tidak dapat pergi...Jadi sila pilih ketua yang betul-betul boleh hadir waktu trip tersebut..


Lampiran depan perlu di isi oleh ketua

Lampiran dalam perlu di isi oleh ahli


Contoh Group Passport...Dalam tempoh 5 hari Siap dah boleh ambil...

Ok sampai disini saja pertemuan kita kali ni..Sehingga bertemu lagi..hehee..Yang penting rancang perjalanan rancang masa depan supaya tidak kelam kabut...Have a nice day..


Tuesday, April 15, 2014

Kerja Kosong di Singapura

Salam...Ada yang berminat nak keje di singapo ke?? Semalam aku lepak2 dengan member aku dekat kedai mamak ang mo kio..Biasa la break sejam je, berbual2 je la..Nak kata slalu lepak tak sangat la..Kalau betul2 lapar je aku g makan dekat situ..Walaupun kedai mamak tapi yg masak orang kelantan.. Kira selera habis la aku makan...Abe2 qlate ni peramah jugak rajin menyembang..Boleh kata dia kenal la customer2 yang datang makan minum dekat kedai tu..

Lepas tu datang sorang lagi abe qlate ni dia plak oyak keda make dio ada kerja kosong.. Kalau ada member2 nak kijo khabo ke dio.. So setelah aku soal2 selidik pasal skop kerja,pengurusan work permit, gaji semua dan bla bla bla,  ni antara maklumat yang aku boleh share tentang kerja kosong tu..Korang jgn la plak bayang kerja dok pejabat dalam ofis bagai... Ni sembang dekat kedai makan mesti la kerja pun kedai makan..hehe

Jawatan : Penebar Roti Canai
Time kerja : 5pm - 4am
Gaji   : SGD 1500 ( RM 3750)
atau Gaji hari : SGD 50 sehari ( Rm125)
Work permit : Akan diuruskan

Dapat pegang duit singapore syokk oo.. Sekali tukar duit Malaysia dekat Rm5k ke 6k..huhu. Kalau malas sangat 3-4k boleh la kot bawak balik..

 Kerja kedai makan satu je untung dia makan minum free.. Kira korang kerja dapat gaji bersih la tak payah nak beli2 makanan dah dekat singapo..Lagi pun kedai ni aku tengok ok je..kerja pun rilek2 tak teruk sangat.. Tak tension2 fikir masalah pape.. Kerja pun enjoy..

Friday, March 28, 2014

Johor Car Rental

JB Car Rental...First One Car Rental Johor

We provide Car Rental Services to individual or corporate, local or international customer  at the competitive market price and offering you the best serviceWe have various cars compromising a mix of Economy, Compact, Sedan and MPV. We also always try hard to give the best service to our customer.

Book Now -

Perodua Viva
Daily - RM110
Weekly - RM650
Monthly - RM1200


Perodua Myvi
   Daily - RM150
Weekly - RM1000
Monthly - RM1800



        Saga Flx

            Daily - RM150

               Weekly - RM1000
              Monthly - RM1800


MPV Perodua Alza 
Daily - RM170
Weekly - RM1000
Monthly - RM2600


Hyundai  Starex
Daily - RM450
Weekly - RM2500
Monthly - RM6000


Car in good condition, clean and comfortable to drive
Kindly contact us 
Car Rental Johor for bookings now..
Please call/ sms/ whatsapp us for enquery Mr Izwan 013 4426339

Documents needed
1. photocopy of ic
2. photocopy driving license
3. address of work place or  photocopy student card or Work Pass


Self pick up at our premise in Bandar Baru Uda. Free delivery within Bandar Baru Uda, & Tampoi...

Delivery & Pick up charge
Centre JB - RM30 (one way) Total = RM60
Skudai, UTM - RM30 (one way) Total = Rm60
Airport, Senai - RM50 (one way) Total = RM100


Discount will given for 3 days and above
Different rate for montly rent

PLEASE SMS ME IF I DONT PICK UP YOUR CALL..TQ

Kehilangan MH370


Kronologi MH 370 :
 
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
 
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
 
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38
rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang



 Sumber : Sinar Harian

Wednesday, March 12, 2014

Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sumber : Utusan Online

Thursday, March 6, 2014

# Pakej UniverSal Studios#

Kami menyediakan pakej menarik ke Universal Studio dan juga Singapore Tour dgn harga yg amat berpatutan dan terendah di abad ini

Antara tempat -tempat menarik yang akan dilawati
- Merlion Park
- Marina Bay Sands
- Pulau Sentosa
- Garden by the Bay
- Arab Street
- Bugis Street
- Mustafa Centre










- Untuk Universal Studios- harga tiket RM195/Adult, RM165/Child (4-11 Years) 

Banyak lagi tempat akan dilawati mengikut kesempatan masa...

Pakej boleh juga satu hari tour ,2hr 1mlm atau 3hr 2mlm...Penginapan (hotel) juga disediakan mengikut permintaan anda..

Kami juga menyediakan khidmat sewaan van/starex/alphard khas bersama pemandu untuk membawa anda bersiar2 di Kota Singa, Singapore..

Untuk tempaham SMS/Whatapps/ 013 4426339

Seminar Pelabur Underground 2014


Alhamdulillah pada 1 dan 2 mac 2014 yang lepas aku berkesempatan untuk menyertai seminar kolokium PELABUR UNDERGROUND di Kuala Lumpur...Dalam kepala ni terfikir2 jugak la seminar ni nak cerita menda sebenarnya..Dengar dari peserta sebelum ni nampak macam gempaq2..

Apa lagi aku pun dengan beraninya menghabiskan duit untuk sertai seminar ni dengan harapan dapat berjumpa dengan otai2 dan dapat sedut ilmu baru dari speker2 yang hebat ni..Apalah sangat duit yang dilaburkan untuk ilmu jika nak dibandingkan dengan kesilapan yang aku bakal buat nanti..

Antara speaker2 yang hadir :
 
1 -  Tuan Zaidi Ismail


2 - Tuan Aqif Azizan

3 -  Tuan Anuar A Rahman


4 -  Tuan Raja Kamil

5 -  Tuan Ang Wan Seng

6 -  Tuan Bri

7 -  Tuan Faisal Abdullah


Sebenarnya "kita melayu ni baru je nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburnan, bangsa lain dah jauh gila tinggalkan kita..." Ini lah antara ucapan dari Speaker2 yg hebat ni...
 
Seperti ucapan Tuan Ang Wan Seng , Orang Melayu dan orang cina berniaga sangat berbeza..Orang Cina mengamal prinsip "Bamboo Networking" iaitu saling tolong menolong antara satu sama lain dan juga mereka FOKUS dalam satu-satu bidang yang mereka kuasai..Kalau  A = Pembekal ,B = Peniaga ,C = Peniaga  dan D = Peniaga, kalau salah satu ada masalah mesti lagi tiga akan sama2 bantu...Sebab itu lah orang cina mampu kuasi ekonomi...Kalau nak kata orang cina berniaga menipu, bangsa2 lain pun menipu..Tok arab pun menipu,tak adil la kalau kita cakap cina berjaya sebab menipu...

Kalau melayu dan cina sama-sama jadi nelayan, tapi kenapa nelayan cina lebih berjaya, kenapa mereka boleh kaya raya boleh beli pelbagai aset,sedangkan nelayan melayu mampu untuk sara hidup je...Adakah mereka tipu ikan2 di lautan?? Yang bestnya Dr Ann Wan Seng cakap, orang cina mampu untuk berniaga di kawasan yang rata2 orang melayu tinggal, tapi orang melayu tak berani nak berniaga jika kawasan tu rata2 orang cina yang tinggal..Sebenarnya orang cina ni bukan lah racis seperti yang kita sangkakan..Mereka sebenarnya mudah untuk didekati...Orang melayu Malaysia sinonim dengan agama islam..Tapi kalau di indonesia orang melayu ada je bukan beragama islam...Islam untuk semua tak kira lah dia bangsa apa sekali pun janji dia Islam mengucap dua kalimah syahadah..Tapi yang sebenarnya islam telah bertapak di China dahulu sebelum ke tanah melayu..

Tapi orang melayu berniaga asyik nak bersaing sesama sendiri je..Bila la nak maju macam ni..Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula la nak bomoh sana bomoh sini...Satu lagi orang melayu ni suka berniaga ikut orang..Kalau ada gerai jual nasi lemak, tengok la dalam dua tiga bulan lagi ada la tumbuh dua tiga gerai nasi lemak di kawasan tu...Cuba la kreatif skit..Kembangkan sikit idea perniagaan tu baru boleh maju..



Ni bersama Otai Manipulasi kewangan dan Otai Hartanah

Bersama Tuan Wahi Usahawan kereta sewa

Dr Ann Wan Seng Beliau juga merupakan penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina


Bersama Tuan Faisal Dan Aqif..Hebat diorang nie

Antara yang hadir lebih kurang 600 orang


Percaya atau tidak Poster Kolokium Pelabur Underground 2014 (Gambar di atas sekali) terjual secara lelong dengan harga RM3500!! Duit Ini disumbangkan kepada
Pusat Tahfiz Al Azim Puchong untuk pembinaan masjid rumah anak yatim yg sedang dijalankan


Kos menunaikan Haji

Bagaimana Dinar dapat mengurangkan kos haji..

Kos untuk menunaikan haji hari ni lebih kurang Rm10 ribu (anggaran) ...4 hgga 5 thn akan datang kos ini mgkin akan meningkat barangkali sehingga Rm15 ribu...

Mari kita tengok dengan mata wang dinar ia mampu menjimatkan masa menabung dan juga dapat meningkatkan nilai simpanan kita untuk ke haji atau pun untuk pendidikan anak2..

Tahun 2002:-

harga 1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping dinar X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2007:-

1 Dinar = RM 348
Kos Haji = 26 keping X RM 348
Jumlah = RM 9,048.00
Dinar yang diperlukan adalah 26 keping.

Tahun 2014

1 Dinar = Rm 624 (bulan Mac)
Kos Haji = 16 keping x Rm 624
Jumlah = Rm 9,984.00
Dinar yang diperlukan adalah 16 keping sahaja

Dengan menyimpan Dinar kos menunaikan haji dengan hasil simpanan dapat dikurangkan



Makin lama, makin kurang dinar yg diperlukan untuk bayar kos haji...Mungkin pada tahun2 akan datang dengan 10 dinar kita mampu untuk menunaikan haji..Jelas sekali kos menunaikan haji makin murah jika kita gunakan dinar emas..

Dengan kata mudah walaupun harga menunaikan haji meningkat, harga dinar juga meningkat setiap tahun..Tak perlu mnyimpan duit smpai belas2 ribu bertahun sedangkan tiap2 tahun duit mengalami susut nilai...Bermulalah menyimpan emas..

Kita perlu mula merancang dari sekarang. Lebih bijak jika kita bermula awal dan tukarkan simpanan kepada emas yang stabil nilainya. Moga Allah permudahkan.

Pm saya untuk bantu anda mula menabung dengan emas..Beli emas simpan emas..Terbaik dari Public Gold !!

Saturday, February 15, 2014

Jual Emas ke?

Assalamualaikum....Sejak2 bergelar dealer Public Gold sedikit sebanyak aku dah berani untuk mendidik rakan2 dan orang ramai menyimpan aset terutamanya emas...Selain giat mengumpul aset dalam bentuk hartanah, emas juga tidak dikecualikan kepentingannya..

Ramai yang PM dkt FB tanya pasal emas...

Kenapa Emas??Kelebihan emas ni aku telah kongsikan di entry yang lepas..Bagi yang belum baca boleh Klik Sini... 

Cuba kita lihat kembali berapa harga emas 15thn lepas...Masa tu emas murah harga lebih kurang Rm35/gram..Tapi hari ni 16.02.2014 harga emas lebih kurang  Rm150/g..Bayangkan hampir 400% kenaikan harga emas..Tapi kalau kita masih simpan duit 15tahun lepas adakah duit itu akan sama nilai macam sekarang?Tentunya tidak sebab setiap tahun duit semakin susut nilai disebabkan inflasi...

Ambil contoh la kalau 15thn lepas kita berjaya menabung emas sikit2 10g sebulan hari mgkin dah ada hampir 2kg emas..Hari ni harga 2kg emas hampir Rm300 ribu..Tapi apakan daya bila ilmu takda aku pun terlepas nak meyimpan pada masa lepas..Yg lepas kita jadikan pengajaran..Hari ni masih belum terlambat untuk bermula..Sebab apa,sebab emas dijangkakan berharga Rm500 lebih 1 gram pada tahun 2020..Tak lama dah tu..mula la menyimpan dengan emas sekarang..

Untuk mula menyimpan boleh beri saya nama penuh, no ic, email dan contact no saya bantu anda untuk lock harga...Lepas lock Public Gold akan beri email, korang boleh cek item yg dah order...Bayaran boleh bayar cash atau  bank in ke akaun Public Gold...Emas boleh ambil di mana2 cawangan Public Gold di Malaysia..

Korang boleh tengok produk emas Public Gold dan juga harga emas semasa dunia..Setiap 20minit Public Gold akan update harga emas semasa....Sila Klik Sini.....






Pergerakkan harga emas yang sentiasa naik untuk jangka masa pendek atau panjang


Antara Produk Emas Public Gold





Cara nak kerja di Singapura




Assalamualaikum semua...Entry kali ni aku nak share macam mana nak kerja dekat singapore..Dah ramai sangat yang tanya terpaksa dalam rela la aku menaip nie...Susah ke nak masuk kerja di singapore ni??Ada peluang ke nak kerja di Singapura??Ada kerja kosong ke di Singapo ni?? ..Agak2 macam mana nak kerja tempat orang ni..Dengar2 macam undang2 dia ketat...Orang cakap nak kerja singapore ni kena speaking BI..Macam susah je nak merantau cari kerja..Mesti dalam fikiran korang terfikir2 mcm2 1001 persoalan kan..Ok jom kita mula perjalanan kita ke singapo..hehe

Pertama sekali macam pernah aku cakap sebelum ni, semua benda akan jadi susah kalau kita tak tahu dan tak nak amik tahu..Susah tu memang la susah..Tapi yang susah itu la cabaran yang akan memahat kenangan manis di ingatan kita...Macam aku dulu first time masuk singapo memang banyak dugaan yg perlu hadapi...Betul orang kata bukan mudah nak mencari rezeki di perantauan ni..Banyak dugaan dan cabaran yg kita perlu tempuhi..Apa pun semua tu aku anggap sebagai pengalaman hidup..Bila kerja di dalam town ni memang betul2 aku teruja..sebab apa banyak benda pelik yang aku dapat tengok yang tak ada dekat malaysia ni...Teknologi dia,kenderaan dia,bangunan dia dan macam2 lagi la tak dapat aku rungkaikan..hehe..Indahnya kota singa ni tersangat best..haha.

Sebelum masuk singapo tu make sure korang kena la tahu serba sedikit undang2 dia..Nanti tak pasal2 kena saman kan..dah la saman dia dalam dolar SGD tu..

Ok berbalik kepada isu utama kita cara nak kerja di singapo...Sebenarnya bagi yang belum tahu ada beberapa cara kita nak masuk kerja di singapo..

-Pertama melalui ejen yang berdaftar..

 Bagi yang tak suka beban2, nak mudah boleh masuk kerja di singapo melalui ejen..Kebiasaannya ejen2 ni diorang akan iklankan jawatan kosong melalui akhbar2 tempatan kita macam metro,utusan,berita harian dan lain lagi la..Sebelum nak deal tu make sure korang tanya bagi faham macam mana prosedur dia..Ada sesetengah ejen diorang dah sediakan rumah sewa dekat singapore..Kalau takde korang kena la cari bilik sewa dekat johor..Tapi jgn risau, kalau takde bilik boleh contact aku sebab aku memang menyediakan bilik untuk disewa..Sewa di Jb lebih murah berbanding di singpo..Satu bilik aku sewakan Rm250 seorang..Pada kebiasaannya cas untuk menggunakan khidmat ejen ada yg murah ada yang agak mahal dlm SGD1200..Sebulan bayar ejen lebih kurang dalam SGD 400 selama 3 bulan..Bergantung kepada ejen dan jugak agensi diorg..Kalau dapat yg murah rezeki korang la kan...Untuk pengetahuan korang tukaran duit sekarang ni RM1 = SGD 2.6...(update terkini Ogos 2015 nilai tukar Rm1 = SGD 3)

-Cara kedua melalui kawan2 yg kerja di singapo..

Melalui kaedah kedua ni senang sikit la sebab member yang tolong rekomen kerja..Pada kebiasaannya kalau member yg rekomen ni mudah jugak untuk dapat kerja tu..So dapat la korang simpan duit SGD1200 tadi tu daripada nak kena bayar ejen..kalau gaji sebulan dapat SGD 1800,kira dapat bersih la takde nak tolak2 cukai atau kwsp dah..Cuma tolak kos ulang alik ke tempat kerja jela..Tapi kebiasanya gaji bulan pertama company akan bagi cek..So kena la buka akaun bank singapore, tp sebelum buka akaun kena buat work permit dulu..Tapi jangan risau untuk work permit company akan bayar,so korang just pergi buat je dekat Ministry of Manpower (MOM) singapo tu..Nanti company akan bagi surat dan alamat so kena pandai2 la tanya member macam mana nak pergi..Lepas tu baru boleh tunaikan cek..Bila dah dapat gaji tu jangan la lupa berterima kasih kpd kawan tu..Belanja la dia makan dekat Stulang Laut ke..Tak pun bawak dia pergi makan western food dekat hutan bandar tu...Dekat situ dah la sedap harga pun murah...berbaloi2..Lepas tu jangan la lupa ajak aku skali.hehe

-Cara ketiga melalui survey sendri

Kalau cara ni agak susah sikit sebab tak ada orang nak tolong..Semua kena buat sendiri..Korang boleh pergi mana2 website company singapore cuba apply untuk jawatan kosong yang ditawarkan...InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la kerja tu..Tapi bila dapat panggilan interview korang kena pergi sendiri la..Tapi tak kan nak naik motor atau kereta jalan pun tahu lagi...Silap2 boleh langgar ERP tak pasal-pasal pulak kena bayar saman..Kalau ada GPS lagi bagus korang redah jela..Tapi kalau kena waktu kemuncak kastam memang tersangat2 jem..Paling mudah naik bas dari larkin Johor sampai kastam singapore lepas tu naik MRT..Senang cerita mudah kerja..Tapi kalau dah tak tahu sangat mintak je staff dia orang tunggu dekat woodland chekpoint tu..senang la skit tak payah pening2..

So itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan permulaan perjalanan cari kerja di singapo..Sebenarnya banyak lagi pengalaman,pahit manis,kenangan yang aku sentiasa ingat di singapo..Macam seronok bila dapat tempuh perit hidup di tempat orang ni..Masa ni la kita dapat duga sama ada kita boleh hidup berdikari atau tidak..tapi lain kali pulak la cerita, nanti panjang- panjang penat pulak korang nak baca..

Ok last bab gaji di singapore..Sebenarnya kerja di singapo gaji boleh tahan..Tekanan kerja pun kurang, korang boleh buat kerja dengan rilek tak payah nak tension2..Itu kalau kerja tak melibatkan pengurusan la...Takde istilah keje bersepah nak kena siapkan macam kerja di pejabat...Nak gaji lebih kerja lebih..Kalau kerja basic 8 jam je sehari campur elaun plus2 korang boleh la dapat dalam RM3500 sebulan...Bayangkan kerja Kilang,Hotel,KFC,McD pun gaji dah boleh cecah SGD 1500- SGD 1700..Paling2 Rm4 ribu lebih tu dah dalam tangan dah..Dan gaji ni tak akan mati dekat situ je,kalau rajin OT gaji boleh cecah sehingga Rm5k-6k sebulan..Yg paling best ada yg boleh cecah Rm7k sebulan...Ok la tu kan dah mcm gaji pegawai gred 41 dah tu kalau dkt Malaysia..hehe.Sebab tu rmai cina dan india suka kerja singapo sebab diorang tahu boleh buat duit...Melayu pun ada tapi purata tak berapa ramai..Bg yg ada diploma atau degree boleh try mohon kerja ofis hour atau dlm bidang pengurusan..Mgkin gaji lebih dari sgd2000 ke atas..Makin besar gaji makin besar la beban dipikul..

Yang penting bukan ukuran gaji yang besar, tapi berapa banyak yang kita boleh simpan dari duit gaji kita..Walaupun gaji kecik tapi simpanan kita tinggi dan konsisten tiap2 bulan itu lebih baik dari gaji besar tapi simpanan zero...Tak guna gaji besar tapi bila lepas gaji, duit habis bayar itu bayar ini, nak simpan pun tak sempat...Sekurang-kurangnya simpan 10% dari duit gaji kita tapi kalau lebih lagi bagus. Kalau dah kerja singapore tu, nak tak nak korang mesti simpan 50% duit gaji,jangan kira nak enjoy je..hehe.

Sebaiknya nak selamat tukarkan duit simpanan tu kepada aset seperti invest dalam property, unit trust atau tukar duit kpd emas...Jangan lupa penting untuk kita menabung dari awal untuk masa depan..Hartanah jugak boleh dijadikan sebagai medium simpanan untuk pendidikan anak2..Target 1 anak 1 rumah..InsyaAllah anak2 dah besar nanti nak sambung belajar tak perlu lagi nak buat pinjaman..Korang boleh jual rumah tu atau buat pembiayaan semula untuk dapatkan cash..So mula merancang dari sekarang ketika umur masih muda..


Pada masa akan datang emas lebih bernilai dari duit..





Macam ni lah jem kereta bila mana waktu kemuncak setiap hari setiap pagi isnin hingga jumaat...


Kalau masuk dengan kenderaan Malaysia jgn lupa buat autopass ni..


Ok la setakat ni dulu perjalanan kita...Mungkin di lain masa aku akan cerita pula keindahan di singapore..See u..Assalamualaikum..


Wednesday, February 12, 2014

Kelebihan Emas...

Kenapa Emas??

Tahukah kita bahawa emas merupakan wang yang sebenarnya..Emas bukan hiasan semata-mata tetapi emas juga merupakan aset dan juga boleh jadi instrumen pelaburan buat kita..Apa yang istimewa sangat emas ni sampai harga boleh cecah belas ribu untuk 100g emas..Padahal 100g tu kecik je sebesar bateri handfon yg saiz kecik tu je...tapi kenapa harga mahal..Mari kita tengok keistimewaan dia..

1 - Emas ni telah diakui dan diiktiraf seluruh dunia sebagai logam berharga..

2 - Emas ni bernilai untuk selama-lamanya..Contoh kalau la kita menyimpan duit kertas,duit terkoyak teruk ke,terbakar ke mana la nak laku kan..Tapi kalau emas terbakar pun masih laku, sebab dia tu emas..Penyimpan nilai yang sebenar..

3 - Emas juga kalis inflasi..Contoh kalau zaman dulu 1 dinar boleh beli kambing, pada masa sekarang pun sama 1 dinar boleh beli seekor kambing..Tapi kalau kita menyimpan duit, katakan zaman dulu kambing Rm300, tapi sekarang tak boleh beli dah dengan harga Rm300..Seekor kambing boleh cecah rm600..Nampak kan susut nilai duit tu..Makin lama makin menyusut nilai duit tu berbanding emas..

4 - Istimewanya emas ni, kita boleh jadikan sebagai tabung pendidikan, tabung untuk pergi umrah atau haji, sebagai tabung untuk perkahwinan dan sebagainya..Sebab apa, sebab emas tu ada nilai duit yg sebenar..

5 - Keistimewaan lain pula, harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang..Purata kenaikan harga emas di antara 20% - 40% setahun..Beli simpan tak perlu buat apa2 pun harganya naik..

6 - Emas juga merupakan aset mudah cair..Kalau dah banyak sangat simpan emas kalau sesak2 nak pakai duit bila2 pun boleh jual atau pajak emas tu untuk dapatkan duit..

7 - Yang terakhir emas merupakan pelindung kekayaan..Ramai jutawan2 mereka menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka..Sebab apa?? sebab mereka tahu keadaan ekonomi sekarang tidak menentu..Setiap tahun berlaku inflasi...Tapi dengan menyimpan emas, logam ini bertindak sebagai kalis inflasi dan merupakan penyimpan nilai yang baik...Contohnya macam negara zimbabwe negara yang terletak di benua Afrika, bayangkan nak beli 3 biji telur pun berharga 100 billion..Nampak kan macam mana susut nilai duit berlaku apabila duit dicetak sesuka hati...

Ok setakat ni dulu la..Sebenarnya banyak lagi kalau nak dihitungkan keistimewaan emas ni..Cukup la 7 dulu sekadar mukadimah emas...KIlik Sini untuk lihat harga emas semasa..


harga 3 biji telur di Zimbabwe...

Rata2 semua orang bersusah payah untuk mengumpulkan wang berjuta2..Tapi di Zimbabwe, semua orang kaya raya dan memiliki duit yang banyak bertingket - tingket, tapi mereka tetap miskin.. 
           















Jadi tunggu apa lagi..Mulalah simpan emas kerana ia penyimpan nilai yang sebenar...Untuk permulaan kalau bajet kecil boleh la mula dengan dinar Public Gold dulu...Ya Dinar Public gold...Korang kena pegang sendiri baru la korang rasa sendiri aura emas tu..Kalau dapat 100g Gold bar lagi rasa kuat aura emas tu...


Tapi bila dah memiliki emas banyak dah cukup nisab dan haul setahun jgn lupa plak untuk keluarkan zakat...

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)


Ingat dan yakin 'The Law of Giving' :

            "The more you give, the more you get back"