Bismillah

Bismillah

Thursday, March 6, 2014

Seminar Pelabur Underground 2014


Alhamdulillah pada 1 dan 2 mac 2014 yang lepas aku berkesempatan untuk menyertai seminar kolokium PELABUR UNDERGROUND di Kuala Lumpur...Dalam kepala ni terfikir2 jugak la seminar ni nak cerita menda sebenarnya..Dengar dari peserta sebelum ni nampak macam gempaq2..

Apa lagi aku pun dengan beraninya menghabiskan duit untuk sertai seminar ni dengan harapan dapat berjumpa dengan otai2 dan dapat sedut ilmu baru dari speker2 yang hebat ni..Apalah sangat duit yang dilaburkan untuk ilmu jika nak dibandingkan dengan kesilapan yang aku bakal buat nanti..

Antara speaker2 yang hadir :
 
1 -  Tuan Zaidi Ismail


2 - Tuan Aqif Azizan

3 -  Tuan Anuar A Rahman


4 -  Tuan Raja Kamil

5 -  Tuan Ang Wan Seng

6 -  Tuan Bri

7 -  Tuan Faisal Abdullah


Sebenarnya "kita melayu ni baru je nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburnan, bangsa lain dah jauh gila tinggalkan kita..." Ini lah antara ucapan dari Speaker2 yg hebat ni...
 
Seperti ucapan Tuan Ang Wan Seng , Orang Melayu dan orang cina berniaga sangat berbeza..Orang Cina mengamal prinsip "Bamboo Networking" iaitu saling tolong menolong antara satu sama lain dan juga mereka FOKUS dalam satu-satu bidang yang mereka kuasai..Kalau  A = Pembekal ,B = Peniaga ,C = Peniaga  dan D = Peniaga, kalau salah satu ada masalah mesti lagi tiga akan sama2 bantu...Sebab itu lah orang cina mampu kuasi ekonomi...Kalau nak kata orang cina berniaga menipu, bangsa2 lain pun menipu..Tok arab pun menipu,tak adil la kalau kita cakap cina berjaya sebab menipu...

Kalau melayu dan cina sama-sama jadi nelayan, tapi kenapa nelayan cina lebih berjaya, kenapa mereka boleh kaya raya boleh beli pelbagai aset,sedangkan nelayan melayu mampu untuk sara hidup je...Adakah mereka tipu ikan2 di lautan?? Yang bestnya Dr Ann Wan Seng cakap, orang cina mampu untuk berniaga di kawasan yang rata2 orang melayu tinggal, tapi orang melayu tak berani nak berniaga jika kawasan tu rata2 orang cina yang tinggal..Sebenarnya orang cina ni bukan lah racis seperti yang kita sangkakan..Mereka sebenarnya mudah untuk didekati...Orang melayu Malaysia sinonim dengan agama islam..Tapi kalau di indonesia orang melayu ada je bukan beragama islam...Islam untuk semua tak kira lah dia bangsa apa sekali pun janji dia Islam mengucap dua kalimah syahadah..Tapi yang sebenarnya islam telah bertapak di China dahulu sebelum ke tanah melayu..

Tapi orang melayu berniaga asyik nak bersaing sesama sendiri je..Bila la nak maju macam ni..Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula la nak bomoh sana bomoh sini...Satu lagi orang melayu ni suka berniaga ikut orang..Kalau ada gerai jual nasi lemak, tengok la dalam dua tiga bulan lagi ada la tumbuh dua tiga gerai nasi lemak di kawasan tu...Cuba la kreatif skit..Kembangkan sikit idea perniagaan tu baru boleh maju..



Ni bersama Otai Manipulasi kewangan dan Otai Hartanah

Bersama Tuan Wahi Usahawan kereta sewa

Dr Ann Wan Seng Beliau juga merupakan penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina


Bersama Tuan Faisal Dan Aqif..Hebat diorang nie

Antara yang hadir lebih kurang 600 orang


Percaya atau tidak Poster Kolokium Pelabur Underground 2014 (Gambar di atas sekali) terjual secara lelong dengan harga RM3500!! Duit Ini disumbangkan kepada
Pusat Tahfiz Al Azim Puchong untuk pembinaan masjid rumah anak yatim yg sedang dijalankan


No comments:

Post a Comment