Bismillah

Bismillah

Saturday, August 13, 2016

Positifkan Diri..Yakin Rezeki dari Allah

Jangan buat kerja Tuhan..
Saya selalu perasan bila melihat orang komen sesuatu diluar kemampuan dia, dia akan cakap
Dia boleh la gaji besar dpt beli rumah besar, dapat pakai GTR, Dia boleh la duit banyak melancong selalu..

"aku ni gaji Rm1500 je, sampai ke tua pun tak akan mampu beli rumah, sampai ke tua pun tak merasa nak hantar orang tua buat umrah, kerja sampai ke mati pun belum tentu dapat beli kereta 3 series..

Tuan-tuan.. kenapa perlu negatif...Jangan didoakan macam tu..Kena switch sikit pemikiran kita...Orang lain boleh kita pun boleh..

"InsyaAllah Aku pun boleh suatu hari nanti"..Cuba cakap macam tu, kan lebih semangat kita nak kerja..Dapat tak dapat tu urusan Tuhan..

Rezeki Allah nak bagi, kita tak tahu..Mungkin 3tahun pertama gaji Rm1500, manalah tahu terjumpa rakan bisnes yang menjadi asbab Allah nak gandakan rezeki kita ke..

Terjumpa rakan baru yang tunjuk jalan bisnes ke..Kita tak tahu kuasa Allah nak tolong kita..

Kuasa Tuhan sekelip mata boleh berlaku..Banyak dah bukti dan keajaiban yang kita lihat..Tengok mawi dan hazama pun dah cukup..Siap kena reject AF lagi..Tp dah tertulis rezeki dia, dpt semula masuk AF, siap juara lagi..Contoh je ni..Tak cuba tak tahu..

Tengok usahawan2 lain, jutawan2 yg dermawan, mereka ni bukan lahir2 terus senang..Mereke berusaha tanpa putus asa..

Memang hari ni gaji Rm1000..Tapi takpe usaha sikit je lagi dari yg biasa..Nanti ada la tu Allah tunjukan jalan..

Makcik yang jual nasi lemak, goreng pisang di kampung pun boleh kumpul duit ke Tanah suci..Kenapa nak perkecilkan diri kita dan kuasa Allah..

Rezeki kita tak tahu..Mana tahu kamu ditakdirkan terlanggar Ceo muda macam drama tv3 tu kan..hehe..Mudah keje..

Bagaimana buat Harta

Adik beradik perlu bersatu hati membina HARTA
★ Sebenarnya abam kagum dan bangga tengok orang macam abe naz..Bagaimana mereka adik beradik sama-sama mengumpul dan melabur..
★ Dari hutang ratus-ratus ribu mereka dapat bangkit semula..Benda baik sama-sama kita teladani..Nak maju cepat bergerak dalam kumpulan..
★ Kalau sorang-sorang lambat perginya..Abam bagi contoh, Katakan adik beradik 5 orang...Semua bekerja makan gaji...Sepakat la sorang simpan Rm500 sebulan..Setahun Rm30k..
★ Rm30k duit modal ni buat beli rumah..Boleh beli Rm100k dua buah atau beli landed Rm200k ke Rm250k..(Yang ni kalau abam nak hurai panjang cerita dia..kita ringkaskan je)
★ Teruskan aktiviti kita kerja macam biasa..Orang lain kerja habiskan duit, kita kerja buat harta dulu...Saving banyak-banyak..Biarkan aset bekerja untuk family..
★ Katakan dalam masa 5 ke 10 tahun rumah ni harga dah double dari rm250k ke Rm500k ke 600k..
★ Bincang sama ada nak jual atau refinance..Katakan kita jual untung bersih dalam Rm250k..Bahagi 5 orang, sorang untung Rm50k..Modal anda sorang baru Rm6k Rm500x12bulan...Dah berapa kali ganda keuntungan boleh dapat..
★ Sambil kerja makan gaji ada pendapatan dari pelaburan..Bonus untuk anda..Dah boleh hantar mak ayah pergi haji dan umrah...Dah boleh beli kereta cash..Dah boleh melabur lagi...
★ Itu sekadar contoh setahun beli 1 tanpa tambah lagi..Kalau tiap-tiap tahun beli 1 atau setiap orang beli 2 kan dah ada 10buah rumah dengan anggaran nilai Rm2.5juta..
★ Dalam 5 ke 10 tahun akan datang InsyAllah nilai aset keluarga anda mungkin dah cecah Rm4 ke Rm6juta...Tak mustahil bang..
★ Lepas tu pelbagaikan simpanan..Jual beberpa buah ambil cash Rm1juta...Masukan dekat asb Rm200k sorang...Setahun Dividen anggaran Rm15k...Jadi Tiap2 tahun merasa bonus tambahan..Pakai la buat belanja..Lepas tu pelbagaikan lagi pelaburan..Invest di unit trust pulak untuk anak-anak dan dana persaraan anda dimana duit mudah dicairkan berbanding property..
★ Abam tambah sikit lagi..Kalau 5 orang ni kahwin dan masing-masing suami isteri beli, kan dah ada 20 buah rumah...Agak-agak kapitalis tak..hehe..
★ Terpulang pada diri masing-masing...Abam tahu cakap memang senang...Kita Nak simpan Rm500 pun berat kan..Itulah pengorbanan..Biar susah dahulu..InsyaAllah keluarga kita akan senang kemudian..
P/s : angka-angka di atas adalah contoh supaya anda nampak jalan cerita yang abam nak sampaikan...
Karang ada yang cakap..Hang gila ke wan nak simpan Rm500 sebulan!! Gaji aku berapa je..
Kalau dah Rm500 tu banyak sangat simpan la Rm300..Ejas la 1 tahun jadi 2 tahun..Nak kena suap je keje ni..hehe..gurau je

Majlis perkahwinan

Raya setahun sekali jadi tak salah aku berbelanja mewah setahun sekali...Kalau loan 5k pun boleh bayar la..

Kahwin pun seumur hidup sekali jadi majlis boleh buat besar besaran..Kalau loan pun kami laki bini boleh bayar..

Jangan..Jangan..Jangan adik-adik sekalian..Hari ni berapa ramai merana bayar hutang..Kita ni bukan dilahirkan kaya..

Keluar kerja pagi balik malam cari duit simpan bertahun-tahun jangan dihabiskan dalam masa sehari..Berpada-padalah berbelanja..Kita bukan anak menteri atau tan sri..

'Join Loan' ataupun Pinjaman Bersama

'Join Loan' ataupun dikenali sebagai pinjaman bersama..

Kebiasanya pasangan yang buat pembiayaan bersama ni disebabkan komitmen yang tinggi atau gaji yang rendah yang menyebabkan loan tidak akan lulus jika pakai 1 nama..

Bahasa mudahnya kalau beli rumah menggunakan nama sendiri, loan kene reject walaupun rumah tersebut berharga Rm100k..Jadi terpaksa join loan bersama isteri atau adik beradik untuk beli rumah tersebut..

Boleh jadi juga, pasangan yang sudah lama menyewa atau yang sudah ada rumah pertama dan ingin membeli rumah ke 2 iaitu rumah idaman teres 2 tingkat berharga rm450k...

Kalau mohon nama suami seorang, loan tak lepas disebabkan komitmen hutang kereta dan hutang-hutang lain...Jadinya si suami join bersama si isteri untuk beli rumah idaman mereka.

Join Loan juga boleh terjadi pada pasangan yang baru berkahwin yang mana lepas berkahwin ingin memiliki rumah sendiri dan bukan untuk melabur..Jadi terus join loan beli rumah mahal2 hampir 400k..(Yang ni abam tak sarankan)

Tetapi bagi pelabur hartanah cara sebegini sebenarnya mereka tidak gemar gunakan kerana kelayakan untuk membeli rumah ke 4 agak sukar kerana margin loan hanya tinggal 70% sahaja..

Tetapi ada juga yang mohon bersama kerana mereka tahu strategi untuk membeli..
Tetapi jika komitmen hutang suami isteri tinggi dan baki gaji si suami sudah tidak layak untuk mohon loan rumah, disarankan untuk buat join loan..

Lupakan seketika rumah yang ke 4..Yang penting dapatkan rumah pertama dahulu..Dah mula yang pertama nanti yang ke 2 ke 3 dah tak susah sebenarnya..
Macam mana nak beli 3 ke 4 property?

Nanti abam tulis sambungannya ye..Ada yang nak baca ke abam merepek panjang-panjang ni..hehe.