Bismillah

Bismillah

Friday, April 17, 2015

CARA BELI RUMAH SEBELUM BERKAHWIN






Biasanya pasangan yang bakal berkahwin mesti dah sediakan bajet untuk perkahwinan mereka..

Paling-paling pun abam anggarkan dalam Rm10 ribu ke Rm30 ribu bagi sesebuah majlis..

Bagi yang banyak duit mungkin peruntukan untuk majlis mereka lebih besar..Yela duit berkepuk-kepuk

Terpulang duit masing-masing..Kalau abam memang tak sanggup la nak habiskan Rm30k dalam sekelip mata..Yela bukan senang nak kumpul sebanyak tu..Perit der..



Apa yang abam nak kongsikan ni, 

bagi mereka2 yang mempunyai bajet  tak banyak macam abam ni, boleh cuba cara ni..

Katakan anda plan nak berkahwin dalam masa 6 bulan atau 1 tahun akan datang, 

Abam cadangkan apa kata gunakan duit tersebut untuk beli hartanah dulu..

(Sebelum tu pastikan CCRIS, kelayakan loan semua tu ok dulu la) 



Caranya macam ni


Katakan bajet majlis perkahwinan anda total dalam anggaran Rm25k..

So modal tersebut gunakan untuk beli hartanah dibawah harga Rm150k..Lagi murah lagi bagus la.

Deal supaya rumah tersebut dapat dibeli dibawah market value..

Minta persetujuan owner untuk anda "mark up loan sikit" 

Jadi bila Loan dah disburse, urusan pembelian pun dah selesai, 

owner pun dah dapat baki duit jualan,

 Akhir sekali lawyer akan keluarkan 1 cek untuk anda pula..

Jadi anda akan dapat semula duit modal deposit tadi..


Dah dapat duit tunggu apa lagi, pakai la buat kahwin..Kalau anda rasa nak tambah rumah sebuah lagi 

pun boleh..Tetapi pastikan DSR anda masih 'cun' la.. Kalau tak bank susah nak bagi loan.


Jadi kesimpulannya Rumah dapat, org rumah pun dapat..

Rumah yang dibeli tu terpulang sama ada nak duduk atau nak bagi sewa..

Kalau abam, abam tak duduk..Sewakan je..Bagi sewa tambah side income  +ve cash flow.



Boleh duit poket Rm300 ke Rm500 sebulan..Klu power sikit lagi anda boleh dapat Rm800 sbln ke atas..

Nak power lagi meh sini pulut kuning, ayam golek seekor abam nak ajar..hehe..Gurau je



Buat permulaan ni, tak payah la banyak-banyak, dapat Rm200 pun dah ok..Rezeki tu..Siapa nak bagi..

Yang penting buat dengan ilmu..Jangan main terjah je..Nanti lain pulak jadinya



Nasihat abam, nak berkahwin buat ikut kemampuan je..

Tak guna pun buat majlis besar-besar habis berpuluh2 ribu tetapi berhutang..

Memang majlis sekali seumur hidup, tapi berpada-pada la..Islam tak ajar kita membazir

Kehidupan selepas nikah itu yang penting ..



Buat ikut kemampuan sudah..Ada duit sikit buat cara sikit..Tak perlu nak loan-loan bagai...

Jika tidak jadilah kita orang yang dikelilingi hutang selepas berkahwin..

Anak dah 3, tapi loan masih belum habis bayar lagi..Kan tekanan jiwa tu..



Ingat kawan-kawan salah satu punca penceraian di Malaysia, juga berpunca dari masalah kewangan..

Jadi rancang kewangan bersama pasangan anda baik-baik, agar tidak menyesal dikemudian hari..

Dah menyimpan tu jangan lupa pula untuk melabur..Cari pelaburan dan pelbagaikan simpanan agar

duit kita berkembang..Moga dengan usaha ini kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat yang 

susah di luar sana.



Jangan simpan banyak duit !

Pesan Puan Guru Ainon "Jangan simpan banyak duit !"
Ya, betul. Jangan simpan banyak duit dalam akaun bank kita. Itu tidak betul.. Duit kita adalah ibarat kerbau kita.

Jangan simpan kerbau kita di dalam kandang! Kerbau kita mesti bekerja di bendang.

Jangan simpan duit kita di bank. Keluarkan. Belanjakan. Laburkan..

BIAR DUIT KITA BEKERJA...

Baru duit kita dapat menjadikan kita lebih kaya...







Thursday, April 16, 2015

Tip menghadapi GST


Kalau sebelum ni solat jumaat atau hadir ke masjid sedekah Rm1, lepas 1 april ni cuba sedekahkan Rm10 pulak..Lagi banyak lagi bagus la..Sesekali cuba sedekahkan Rm50 atau Rm100..Tak luak pun duit kita sedekah Rm10 masa hari jumaat..

Krja gaji ribu2 tp time sedekah bg seringgit..Kalau nk sedekah kedekut, rezeki pun kedekut dgn kita..




Rumah pertama : Duduk sendiri atau sewakan?

Wan aku nak kawin tak lama lagi cadangnya nak beli rumah lepas tu blh la duduk anak bini nanti..Ko rasa mcm mana???

Alhamdulillah bagus la kalau ada perancangan nak beli rumah..Tahniah jugak sebab dah merancang kewangan dari awal..Pada pndgan aku kalau nak beli rumah pertama jgn beli rumah idaman dulu..Tahan nafsu kejap..Beli rmh untuk invest dulu nanti rumah idaman akan datang..

Buat apa beli rumah idaman kalau tiap2 bulan kena bayar pakai duit gaji sendiri..Kan jadi beban..Beli rmh jgn ikut org..Beli ikut kemampuan diri kita dulu..Kalau mampu rmh flat, beli flat dulu invest dekat situ, bina portfolio pelaburan perlahan2..

Kau nak nmpak kacak sekarang tetapi kena bayar hutang sampai ke tua atau nak sabar kejap untuk merancang kesenangan..Beli rumah biar org lain yg bayarkan..Kita duduk free je..


Tip Jana Side income


Tip dia mudah je, tolong beri diri kita ruang untuk mencuba peluang2 baru..Kalau tuan puan kerja 9pg 5ptg, lepas ni korban sikit masa di hujung mggu atau di sebelah malam untuk mencari ilmu bisnes..Blh hadir mana2 seminar yg dianjurkan..

InsyaAllah peluang yg dicari tu akan jumpa..Tinggal nak atau tak je..Modal bukan lagi satu alasan..




Paksa diri keluar dari zon selesa

Dia masih muda, income pun blh tahan, pakai kereta pun boleh tahan ratus2 ribu, suami isteri kerja bagus2..Masih kerja ofis hour 8 5..Tetapi apa beza dia dgn org lain ialah dia berkeinginan untuk mencuba buat lebih side income dan membina empayar bisnes sendiri...

Apa lah alasan yg kita nak beri lagi kalau org lain lebih rajin dari kita..Paksa diri keluar dari zon selesa..InsyaAllah kita akan temui sesuatu.




Sunday, November 16, 2014

Kereta Sewa Di Johor

Assalamualaikum..Kepada rakan2 tuan2 dan puan2 saudara saudari yang berhajat untuk datang bercuti di johor atau singapore, sekarang korang tak perlu lagi nak susah2 memandu jauh2..Datang je Johor boleh sewa kereta di sini..

Sebaiknya buat tempahan seawal satu minggu sebab biasanya hari cuti kereta kebanyakkan penuh di sewa...Untuk tempahan boleh hubungi no ni 013 4997974 atau 013 4426339..Untuk sewaan melebihi 3 hari korang akan dapat menikmati harga diskaun disamping dapat memandu kereta2 sewa yang masih baru.. :-)



Myvi SE 1.3 (A) Untuk Disewa

Perodua Alza 1.5 (A) Untuk Disewa
ViVa 1.0 (A) Untuk Disewa
Hyundai Starex (A) untuk Disewa

Exora Bold 1.6 (A) Untuk Disewa

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Sofia 013 4997974...Juga menydiakan Khidmat Transfer ke USS, 1 day Tour Singopore dan lain2 pakej

Kereta Sewa Johor##Johor Bahru Kereta Sewa##MPV untuk disewa##Viva untuk Disewa##Exora Untuk Disewa##Alza untuk Disewa##Myvi untuk disewa##