Bismillah

Bismillah

Friday, March 25, 2016

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG FINANCIAL MANAGEMENT TRAINEE
==================================================
PENGAMBILAN SEGERA!!
Sertai kami sebagai Financial Management Trainee secara full time / part time.
Kelebihan menyertai kami :
1. Berpeluang membina empayar dalam industri kewangan yang diiktiraf Bank Negara Malaysia.
2. Kerjaya profesional dan diiktiraf dalam bidang perbankan.
3. Komisyen yang lumayan.
4. Trip percutian antarabangsa dibiayai oleh pihak syarikat.
5. Bimbingan dan latihan intensif secara profesional .
6. Masa kerja yang FLEXIBLE.

Syarat kelayakan;
1) Kelulusan SPM (Kredit Matematik dan Bahasa Melayu)
2) DIPLOMA/ DEGREE digalak memohon
3) Warganera Malaysia berumur 21 tahun ke atas
4) Motivasi dan berwawasan tinggi
5) Kebolehan komunikasi dengan baik
6) Yakin diri dan mampu berdikari
7) Bertanggungjawab dan rajin
Salary: RM 1 500 per month
5 kekosongan perlu diisi segera..
Sila hantarkan resume anda ke one_9946@yahoo.com

Tabung pendidikan Anak-anak

Tabung pendidikan Anak-anak

Jika kita merancang kewangan sejak anak dilahirkan nescaya anak2 tidak akan terbeban dengan hutang PTPTN selepas belajar..

Jadilah ibu bapa yg bijak dalam merancang..Ada bermacam cara simpanan dan pelaburan..Salah 1 di unit trust..Anda simpan Rm2500

Dan setiap bulan anda membuat tabungan rm300 untuk pendidikan anak2..Selama 20tahun anda menyimpan dan melabur dengan anggaran return 12%, dengan hasil compounding tabung pendidikan anak-anak anda hampir Rm326k..

Agak2 berapa anak boleh sambung belajar tanpa hutang? Yang best sekali tak perlu nk kerja kuat dah cari duit lebih nak sara anak belajar..Itulah pentingnya anda merancang dari awal.


Cara melabur di Unit trust

Ramai yang tanya macam mana nak melabur di unit trust?
Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.

1) Melabur menggunakan wang tunai
Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

Kaedah Lump Sump
Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000 sahaja.

Kaedah Lump Sump + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini anda boleh melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1
Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke unit amanah/unit trust.

Anda perlu menyemak kelayakan simpanan asas mengikut umur anda. Jumlah pelaburan yang dibenarkan ialah 20% daripada baki setelah ditolak simpanan asas tersebut dan jumlah yg boleh dilabur adalah minimun RM 1000.

Untuk Pelaburan kwsp ianya boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
AMBIL PELUANG INI UNTUK GANDAKAN WANG SIMPANAN HARI TUA ANDA..SILA SMS/WHATSAP SAYA 013-4426339 UNTUK TEMUJANJI.

Beli kereta atau beli Rumah

Gaji Rm1800 vs Myvi

Bayar Myvi Rm550..Kadang kala inilah hakikatnya yang ramai orang buat kesilapan dalam membeli..Yang dikira cuma bayaran bulanan tetapi dia terlupa petrol, insuran dan road tax perlu dibayar...Itu belum termasuk servis lagi..

Anggarkan petrol Rm250 sebulan..Insuran dgn road tax rm1200 setahun..Jadi sebulan Rm100..
Anggaran kasar perbelanjaan myvi tersebut dalam Rm800 sebulan..Itu belum kira lagi tukar tayar dan part2 lain..Jadi baki gaji tinggal la Rm1k..Duit Itu la nak makan, duit itu la nk bg mak ayah, duit itu la nak bayar bilik sewa..

Kalau macam ni la gayanya bukan setakat di universiti je siswa siswi kena ikat perut..Dah kerja nanti pun kena ikat perut lagi..Permulaan kerja dah cari masalah...Yela tak sampai 6bulan kerja dah keluar kereta baru..Disangka bila habis belajar, dapat kerja beli kereta itulah kejayaan yang dapat ditonjolkan setelah 3thn belajar..Rupanya tersilap langkah..Hutang ptptn belum habis bayar dan tambah hutang baru..kereta ikat 9 tahun zero deposit pulak tu..huhu

Apalah nasibkan..Nak buat macam mana wan dulu2 dkt kampus takde orang ajar...Sebab tu la aku selalu ingatkan 3thn pertama korang mula kerja ke, baru lepas kawin ke, tolong la berkorban sikit..Kalau baru kahwin pasangan kena sama-sama duduk bincang kewangan..Biar susah dulu sikit..Tak kisah naik moto atau pakai kereta second murah2..Janji simpan duit dan invest dulu..Jangan buat lagi dah kesilapan kakak2 abang2 pakcik2 kita dulu buat..Diorang menyesal sebab tak mula awal..Lambat panas enjin..

Duit yang ada tu Kalau korang simpan Rm600 sebulan dkt asb dgn anggaran dividen 7.25%, dalam masa 3 tahun dah ada Rm24k..Dah boleh buat modal beli rumah..Dah beli sebuah insyaAllah nak beli rumah ke 2 dah mudah...Yang penting simpan dulu bukan ikut kehendak dulu..Kalau hutang dah tinggi, DSR dah tinggi, baki gaji dah kecik macam mana nak mula melabur..Bila tak mula melabur , tak ada pasif income, jadinya agak susah untuk anda keluar dari Rat Race..

Tip menyimpan

Menyimpan bukan lagi pilihan tetapi PAKSAAN..Anda perlu paksa diri untuk mula meyimpan..Anda boleh gunakan beberapa tip dibawah untuk mula menyimpan

1 - Rancang perbelanjaan. Buat kira-kira perbelanjaan duit keluar masuk agar anda tidak sengket hujung bulan
2 - Buat potongan secara automatik atau auto debit lebih mudah. Tanpa sedar kita telah mendidik diri untuk berdisiplin menyimpan tiap-tiap bulan
3 - Rata-rata sifu menyarankan sekurang-kurangnya menyimpan 10% dari pendapatan. Simpan dahulu baru belanja..Lagi lebih lagi bagus
4 - Mulakan juga menyimpan untuk tabung kecemasan. Kita tidak tahu nasib pekerjaan kita sekarang. Mungkin juga berlaku kecemasan tanpa diduga
5 - Jangan membeli kerana emosi. Kebanyakan orang berbelanja barangan tidak perlu kerana dipengaruhi emosi ketika membeli
6 - Potong perbelanjaan yang tidak perlu atau kurangkan bajet perbelanjaan tersebut. Lebihan dapat menyimpan bina aset
7 - Hapuskan hutang-hutang yang mempunyai baki yang sedikit dahulu. Kurangkan atau jauhi hutang yang tidak perlu.
8 - Tambah ilmu supaya dapat buat pendatapan sampingan. Malas Malas Buat..
9 - Simpan walaupun sedikit..Lama-lama jadi bukit
10 - Mulakan pelaburan SEKARANG..Mula membina pendapatan pasif supaya duit mula bekerja untuk kita. Bukan Join Skim Pasif Skim Cepat Kaya..Nak kaya tiada jalan mudah
11 - Amalkan bersedekah secara harian ataupun mingguan..InsyaALLAH rezeki tanpa diduga banyak akan datang..
12 - Takaful jangan dilupa..Mungkin sekarang belum nampak kepentingannya..Bila tiba masanya pasti ceria.

Cara buat keuntungan dengan Asb Financing

2 3 minggu lepas abam ada hadir kelas sharing berkaitan ASB financing dekat Johor ni..Ni abam sharing sikit la macam mana pasangan suami isteri dapat menyimpan Rm39k dalam masa 3 tahun..

1 - Buat asb financing Rm70k selama 30 tahun
2 - Bayaran bulanan Rm384
3 - Lepas 3 tahun terminate.
4 - Pulangan prinsipal hasil terminate : RM3,151
5 - Dividen compounding selama 3 tahun : RM16,355
6 - Anggaran Jumlah Pulangan : RM19,506

Jika suami isteri bekerja, sama-sama boleh mohon ASB financing Rm70k..Dalam masa 3 tahun anda akan ada simpanan hampir RM39k

Jika dibiarkan compounding dalam masa 5 tahun,
Pulangan principal Rm5540, dividen compounding selama 5tahun Rm 29,330 dan total anggaran pulangan Rm34,870..

Jika anda suami isteri sama-sama membuat simpanan Rm384x 2 maka jumlah pulangan setelah penat lelah menyimpan selama 5 tahun hampir Rm69700!!
Bagi yang susah nak menyimpan, anda boleh menggunakan kaedah ASB financing sebagai force saving..Dulu masa study abam dah buat ASB financing Rm100k..

Tapi masa ni buat suka-suka je..Takde belajar teknik-teknik yang betul lagi..

Lepas tu cukup 3 tahun abam terminate ASB tersebut..So ada la modal buat beli rumah pertama..Dalam pelaburan ni yang penting kesabaran..Bila tak sabar nak dapat untung itu yang ramai terjebak dengan skim cepat kaya..