Menyimpan bukan lagi pilihan tetapi PAKSAAN..Anda perlu paksa diri untuk mula meyimpan..Anda boleh gunakan beberapa tip dibawah untuk mula menyimpan
1 - Rancang perbelanjaan. Buat kira-kira perbelanjaan duit keluar masuk agar anda tidak sengket hujung bulan
2 - Buat potongan secara automatik atau auto debit lebih mudah. Tanpa sedar kita telah mendidik diri untuk berdisiplin menyimpan tiap-tiap bulan
3 - Rata-rata sifu menyarankan sekurang-kurangnya menyimpan 10% dari pendapatan. Simpan dahulu baru belanja..Lagi lebih lagi bagus
4 - Mulakan juga menyimpan untuk tabung kecemasan. Kita tidak tahu nasib pekerjaan kita sekarang. Mungkin juga berlaku kecemasan tanpa diduga
5 - Jangan membeli kerana emosi. Kebanyakan orang berbelanja barangan tidak perlu kerana dipengaruhi emosi ketika membeli
6 - Potong perbelanjaan yang tidak perlu atau kurangkan bajet perbelanjaan tersebut. Lebihan dapat menyimpan bina aset
7 - Hapuskan hutang-hutang yang mempunyai baki yang sedikit dahulu. Kurangkan atau jauhi hutang yang tidak perlu.
8 - Tambah ilmu supaya dapat buat pendatapan sampingan. Malas Malas Buat..
9 - Simpan walaupun sedikit..Lama-lama jadi bukit
10 - Mulakan pelaburan SEKARANG..Mula membina pendapatan pasif supaya duit mula bekerja untuk kita. Bukan Join Skim Pasif Skim Cepat Kaya..Nak kaya tiada jalan mudah
11 - Amalkan bersedekah secara harian ataupun mingguan..InsyaALLAH rezeki tanpa diduga banyak akan datang..
12 - Takaful jangan dilupa..Mungkin sekarang belum nampak kepentingannya..Bila tiba masanya pasti ceria.
No comments:
Post a Comment