Bismillah

Bismillah

Friday, March 25, 2016

Beli kereta atau beli Rumah

Gaji Rm1800 vs Myvi

Bayar Myvi Rm550..Kadang kala inilah hakikatnya yang ramai orang buat kesilapan dalam membeli..Yang dikira cuma bayaran bulanan tetapi dia terlupa petrol, insuran dan road tax perlu dibayar...Itu belum termasuk servis lagi..

Anggarkan petrol Rm250 sebulan..Insuran dgn road tax rm1200 setahun..Jadi sebulan Rm100..
Anggaran kasar perbelanjaan myvi tersebut dalam Rm800 sebulan..Itu belum kira lagi tukar tayar dan part2 lain..Jadi baki gaji tinggal la Rm1k..Duit Itu la nak makan, duit itu la nk bg mak ayah, duit itu la nak bayar bilik sewa..

Kalau macam ni la gayanya bukan setakat di universiti je siswa siswi kena ikat perut..Dah kerja nanti pun kena ikat perut lagi..Permulaan kerja dah cari masalah...Yela tak sampai 6bulan kerja dah keluar kereta baru..Disangka bila habis belajar, dapat kerja beli kereta itulah kejayaan yang dapat ditonjolkan setelah 3thn belajar..Rupanya tersilap langkah..Hutang ptptn belum habis bayar dan tambah hutang baru..kereta ikat 9 tahun zero deposit pulak tu..huhu

Apalah nasibkan..Nak buat macam mana wan dulu2 dkt kampus takde orang ajar...Sebab tu la aku selalu ingatkan 3thn pertama korang mula kerja ke, baru lepas kawin ke, tolong la berkorban sikit..Kalau baru kahwin pasangan kena sama-sama duduk bincang kewangan..Biar susah dulu sikit..Tak kisah naik moto atau pakai kereta second murah2..Janji simpan duit dan invest dulu..Jangan buat lagi dah kesilapan kakak2 abang2 pakcik2 kita dulu buat..Diorang menyesal sebab tak mula awal..Lambat panas enjin..

Duit yang ada tu Kalau korang simpan Rm600 sebulan dkt asb dgn anggaran dividen 7.25%, dalam masa 3 tahun dah ada Rm24k..Dah boleh buat modal beli rumah..Dah beli sebuah insyaAllah nak beli rumah ke 2 dah mudah...Yang penting simpan dulu bukan ikut kehendak dulu..Kalau hutang dah tinggi, DSR dah tinggi, baki gaji dah kecik macam mana nak mula melabur..Bila tak mula melabur , tak ada pasif income, jadinya agak susah untuk anda keluar dari Rat Race..

No comments:

Post a Comment