Bismillah

Bismillah

Friday, March 25, 2016

Cara melabur di Unit trust

Ramai yang tanya macam mana nak melabur di unit trust?
Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.

1) Melabur menggunakan wang tunai
Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

Kaedah Lump Sump
Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000 sahaja.

Kaedah Lump Sump + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini anda boleh melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1
Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke unit amanah/unit trust.

Anda perlu menyemak kelayakan simpanan asas mengikut umur anda. Jumlah pelaburan yang dibenarkan ialah 20% daripada baki setelah ditolak simpanan asas tersebut dan jumlah yg boleh dilabur adalah minimun RM 1000.

Untuk Pelaburan kwsp ianya boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
AMBIL PELUANG INI UNTUK GANDAKAN WANG SIMPANAN HARI TUA ANDA..SILA SMS/WHATSAP SAYA 013-4426339 UNTUK TEMUJANJI.

No comments:

Post a Comment