Bismillah
Friday, October 4, 2013
Cara bawa masuk kereta Malaysia ke Thailand
Hari ni aku nak share sikit macam mana cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ...Apa dokumen yang perlu kita sediakan sebelum nak masuk thailand...
*Yang pertama sekali Geran kereta mesti kena bawa...Geran kereta ( Tak kisah la geran asal ke geran fotostat ke).,Janji nama dia geran kereta..hehe..
*Yang Kedua Kereta tu mestilah atas nama pemilik ..Kalau kereta tu bukan milik korang jangan risau korang boleh juga masuk tapi dengan syarat mesti ada Surat Kebenaran Pemilik .Surat ni penting,kalau takda nanti ada ulat-ulat dekat sana ambil kesempatan untuk ejas ambil bayaran daripada korang sebagai pelepasan dari pegawai imegresen thailand..Mungkin dia akan pau korang dalam Rm10,Rm20, Rm30,Rm40 atau Rm50 mcm tu..Sebab apa kena pau?? Sebab dia memang tahu korang akan bayar sebab nak masuk thailand jugak kan..Ikut nasib la..Ok berbalik kepada cerita tadi, surat ni korang boleh taip buat sendiri je..Kalau nak nampak lagi cun korang boleh mintak surat ni masa nak dapat pengesahan dari Pegawai Thailand yg bertugas..Kalau malas sangat buat sendiri je...Ni contoh Surat Kebenaran Pemilik
FORMAT SURAT
1. PEMILIK
ALAMAT PEMILIK
NO MYKAD
NO HP
2. PEMBAWA
ALAMAT PEMBAWA
NO MYKAD
NO HP
3. KERETA
JENIS KERETA
WARNA
NOMBOR PENDAFTARAN
PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK
Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand.
Tandatangan Pemilik Tandatangan Pembawa
................................................. .................................................
Nama Nama
Mykad Mykad
HP HP
Seeloknya surat ni buat dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan urusan...Tapi kalau susah sangat dalam bahasa Melayu pun boleh tapi pastikan maklumat pemilik kereta dan maklumat kereta tu betul la..
Yang ketiga...Korang kena beli INSURAN THAILAND. Harga RM18/seminggu..Ikut ejen jugak,ada sesetengah tempat dia jual rm15, ada jugak yang jual sampai rm25 untuk seminggu..
Dekat mana nak beli??
Sampai je pekan Changlun,kiri kanan ada kedai jual insuran kereta...Kalau nak mudah buat dekat CTC..Duit pun korang boleh tukar dekat situ sekali..CTC ni tempat persinggahan bas2, van2, kereta2, kadang2 superbike pun ada singgah...Dekat sini la korang nak tukar duit ke,nak buat insuran ke,nak segala-galanya la...semua ada...Tempat pun besar nak parking pun senang..
Yang ke empat selepas dah siap semua dah lengkap dokumen semua boleh la korang masuk thailand dengan senang hati..Ingat bagi pemandu kereta, lepas cop Passport atau Border Pass siap,pemandu kena bawa geran tadi tu pergi dekat satu kaunter khas untuk pendaftaran masuk kereta ke thailand..Masa ni la surat kebenaran pemilik kereta nak guna kalau anda bukan pemilik yang sah...Kalau tak tahu tanya jangan duduk diam malu2 kucing..Ramai orang malaysia dekat situ..Tanya je diorang mesti tahu..Malu bertanya sesat jalan..
Aku share ni berdasarkan pengalaman aku la..Setakat nie prosedur dia macam tu la...Kalau pergi dengan bas persiaran lain pulak cerita dia..Kena naik Ofis bayar dekat dalam...Ni pun melalui pengalaman aku buat Pakej hatyai dan songkhla..So sedikit sebanyak dapat la bagi info dekat korang..Kalau nak pakej2 van thailand ke, pakej dengan bas ke boleh rojer aku..Insyaallah aku buat yang terbaik untuk korang...
Sebelum aku terlupa, last sekali masa nak balik dah habis jalan2 dkt thailand tu, masa nak keluar dari imigresen thailand jangan lupa serahkan semula surat yang diorg bagi masa nak masuk tadi tu...Surat tu perlu hantar menunjukkan rekod kereta korang dah keluar dari thailand..Kalau tak hantar nanti nak masuk semula agak susah mungkin kena pau lagi atau korang akan di maki..hehe..
Friday, September 27, 2013
Pakej bajet 2 hari 1 malam di Pulau Langkawi
Package included:
·
Transportation in Langkawi Island (Bus)
·
Ferry
ticket (2 ways ticket)
·
Certified
Tour Guide
·
Full day
Island tour from day to evening
·
Interesting
place to go including:
ü Langkawi Cable Car (Highest cable car in The East)
ü Langkawi Under Water World (Cold water animal zoo/aquarium)
ü Beras Terbakar
ü Mahsuri Tomb (Makam Mahsuri)
ü Gamat & Batik Warehouse
ü Haji Ismail Group (Chocolate biggest supplier- free duty)
ü Idaman Suri (House equipment warehouse- Gudang barangan
rumah)
ü Eagle Plateau (Dataran Helang)
· - Accomodation
in chalet/Motel in Chenang Beach
· - Island
Hopping (riding speed boat)
ü Beras Basah Island
ü Dayang Bunting Lake
ü Singa Besar Island (Eagle feeding)
· - Transportation to chalet & Jetty
Special Price RM145 2Day 1Night
*Price not included for fee ticket of Cable Car, Mahsuri
Tomb
& Under Water World.
Book Your Trip Please Email one_9946@yahoo.com
NASIHAT TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"
Nasihat beliau amat mendalam....

Saturday, September 7, 2013
Dapat Dinar Emas percuma
Alhamdulillah rezeki, hari ni aku menghadiri seminar emas yang dianjurkan oleh GCP...Dah la seminar percuma dapat hadiah emas cabutan bertuah dari GCP...Walaupun tak besar tapi bernilai..rezeki berpagi-pagi katakan..Memang tak sangka aku dapat hadiah tu..
Semalam lepas solat isyak dkt masjid aku ada dgr ceramah dari kiyai (ustaz indonesia)..beliau berpesan prtama kalau hajatkan sesuatu amalkan baca YaWahhab,Ya Razzaq,Ya Fattah,Ya Alim dgn penuh yakin..Beliau pun ada cerita pengalaman beliau ketika mengamalkan bacaan ni..Aku betul-betul terpegun sebab hajat beliau betul-betul tertunai..Yela dia kempunan nak makan durian je, tapi dia baca ayat tu betul-betul yakin..Selang sehari lepas tu ada seorang sahabat beliau datang bawa sebakul durian..Bukan sebiji dua tapi sebakul ok...Beliau berpesan ketika baca tu mesti yakin terhadap kuasa Allah dan yakin dapat memiliki apa yang kita nak tu....
Alhamdulillah hari ni aku cuba dgn penuh yakin aku baca dan mgharap drpd Allah dan ini hasil dia...Terkejut perut tadi,memang aku tak sangka betul-betul berkesan bacaan tu...Ke 2, Yakin dan prcaya jnji Allah, what u give, u get back more (bersedekah) !!..Selamat Beramal..Semoga Bermanfaat..
Saturday, August 3, 2013
Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1. Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.
3. Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah (batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud).
4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya SOLAT 3 WAKTU kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6. Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).
7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8. Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap.
Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai imam dan Abu Bakar, Umar, Usman adalah PERAMPAS hak Ali.
Ini bermakna 3 khalifah tersebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.
14. Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15. Kain kafan mayat mereka bertulis.
16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18. Suami halal meliwat isteri.
19. Harus taqiah (boleh menipu / berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20. Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mereka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
(Disemak oleh : Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. 21 Ramadhan 1434H)
Sunday, July 28, 2013
Hikmah Sakit
Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...
Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :
✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambil rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke-empat akan mengambil dosanya.
ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut..
Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?"
Allah menjawab : "Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut."
#Lihatlah betapa sayangnya ALLAH terhadap kita.. :')
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
Hikmah Berwudhu
1. Ketika berkumur, kita berdo’a, “Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah.
Penjelasan : Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah.
2. Ketika membasuh muka, kita berdo’a, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini”.
Penjelasan : Muka para ahli surga putih berseri-seri.
Penjelasan : Muka para ahli surga putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, kita berdo’a, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”
Penjelasan : Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.
Penjelasan : Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.
4. Ketika membasuh tangan kiri, kita berdo’a, “Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini”.
Penjelasan : Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya
Penjelasan : Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya
5. Ketika membasuh kepala, kita berdo’a, “Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma’syar dengan Arasy-Mu”
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal diatas kepala.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal diatas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, kita berdo’a, “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini”.
Penjelasan : Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.
Penjelasan : Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.
7. Ketika membasuh kaki kanan, kita berdo’a, “Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.
Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, kita berdo’a, “Ya Allah, bawalahaku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat”
Subscribe to:
Posts (Atom)