Bismillah

Bismillah

Friday, July 12, 2013

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." 

Huraian Hadith:
Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir dan disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.                                               

Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.(HR al-Tirmizi)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan kaum muslimin para sahabat dan tabi’in selepas baginda supaya mengerjakannya. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.


Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Pada zaman Umar bin al-Khattab RA orang ramai menunaikan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir).


Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. 



Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.

No comments:

Post a Comment