AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Tarawih.
Sekadar ingat mengingati:
Berkaitan satu hadis yang menyebut tentang kelebihan solat terawih bagi setiap malam ramadhan (kelebihan terawih dari malam pertama hingga malam ke tiga puluh ), untuk makluman pada yang belum tahu, hadis tersebut sebenarnya merupakan satu hadis palsu.
Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.
Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.
Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADITH PALSU.
Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.
Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. ·
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. ·
Sehinggalah malam yang ke-30...
Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment