Selamat Menyambut Al Mubarak 1434H... Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"..
Antara hikmah lain bagi orang yang berpuasa ialah
- Puasa mengingatkan pelakunya tentang kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin.
- Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan sistem pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
- Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. .
- Puasa juga melatih kita mendidik jiwa, menyucikan hati, menjaga pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
- Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Allah berfirman, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
- Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
No comments:
Post a Comment