Makruh adalah sesuatu perkara atau perbuatan atau amalan yang digalakkan untuk ditinggalkannya..Apabila dilakukan tidak berdosa tetapi apabila ditinggalkan akan mendapat pahala. Ada beberapa perkara makruh yang sebaiknya dielakkan semasa kita sedang berpuasa. Kalau ada nak tambah atau nak betulkan apa-apa silakan.
Antara perkara makruh ketika puasa ialah
- Berkumur-kumur dengan keterlaluan
- Merasa makanan dengan lidah
- Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
- Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
- Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
- Gosok gigi setelah gelincir matahari
- Mencium isteri - Jika sentuhan biasa seperti isteri cium tangan suami adalah dibenarkan.Sentuhan berlebihan seperti bercium adalah makruh kerana dibimbangi gagal menahan nafsu
- Menderma darah
- Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.
- Mandi atau tidur berlebihan
Semoga amalan-amalan kita dan ibadah puasa kita pada bulan yang mulia ini di terima Allah. Amin Ya Rabbal Alaminn
No comments:
Post a Comment