Bismillah

Bismillah

Thursday, July 11, 2013

Yakinlah Rezeki Itu Milik Allah

Apa itu rezeki??
Biasanya kita nampak rezeki itu hanya wang ringgit semata-mata. Pada hakikatnya rezeki itu bukanlah yang berbentuk harta sahaja. Apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki, sebagai contoh kekuatan tubuh badan, kesihatan yang baik, jiwa yang tenang, zuriat, kejayaan,umur yang berkat dan sebagainya. 

Ilmu juga merupakan rezeki. Mencari ilmu bukanlah kerja mudah kerana ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Apatah lagi ilmu yang dituntut itu diniatkan pula semata-mata kerana Allah.

Sabda Nabi : (ertinya)
Sesiapa yang mati dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.
(Riwayat Tabarani)


Kadang-kadang kita tengok orang lain kaya..tapi anak tak ramai. Tak pun tak ada anak langsung.
Kadang-kadang kita tengok hidup dia sederhana je tapi anak ramai..

Allah beri kepada kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan rupa. 
Kadang-kadang kita lupa atau tak sedar.

Kadang-kadang, dia kaya, banyak duit tapi hidup tak aman tak tenteram.
Orang yang tak kaya pulak, tak banyak duit..tapi hidup tenang.

  Rasulullah Bersabda : (ertinya)
Barang siapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka,” (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim)




Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” 
(Surah Taha  20 : 132)

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya . Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.
(Ath Thalaq 65 : 2-3)

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
(Surah Ibrahim   14 : 7)








No comments:

Post a Comment